Showing posts with label Kumpulan Puisi. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Puisi. Show all posts
| 15 Respons Terbuka ]

Puisi aku yang tak best ni aku tulis atas dasar kejelikan aku melihat pergaduhan ideologi manusia yang ego tanpa henti-henti. Ya, pada dasarnya, aku memang tak minat nak menulis benda-benda macam ni. Tak cool untuk seorang H2, kata aku. Tapi, kejelikan aku menutup pintu-pintu fikiran aku kepada benda-benda tak cool dan membuka jalan kepada jari-jari aku untuk terus bergerak di atas papan kibod melontar pandangan aku terhadap norma masyarakat ekstremis yang egois yang tak berhenti-henti berperang dengan ideologi mereka. Maaf. Puisi aku ni tak sedap pada literalnya baik lenggok bahasanya. Namun, aku tak peduli. Yang penting, aku tahu aku ada mesej.


Apakah sebenarnya warna pelangi?
Birukah?
Hijaukah?
Merahkah?
Indigokah?
Jinggakah?
Hijaukah?
Atau hitam dan putih sahajakah?
Apakah?

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Pandangan mata berkata,
tujuh warna kesemuanya,
indah nian tatapan mata,
sungguh takjub pada yang Pencipta,
indah sungguh indah,
ya, tujuh warnanya,
kamu nampak,
aku nampak

Apakah sebenarnya warna pelangi?
hitam dan putihkah?
putih wahai pelajar-pelajarku,
kata sang Profesor yang buta,
semua itu adalah pecahan dari warna putih,
dan bercantum akan menjadi putih,
Profesor itu ilmunya seluas langit,
yang menjadi padang pelangi,
tulisannya hebat,
sehebat pemandangan pelangi

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Tika saat anak kecil memuji,
indahnya pelangi,
bersungguh-sungguh berkata semuanya ada tujuh warna,
tiba-tiba,
datang sang Profesor buta tetapi hebat itu,
datang memarahi,
Ah, pelangi itu putih sebenarnya!

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Anak kecil yang cetek ilmunya itu,
menengking,
Wahai Orang Tua yang buta,
apa kamu tahu?
Profesor itu memegang kepala anak kecil,
sambil berkata,
Wahai anak kecil,
Jangan kamu degil,
Aku ini tinggi ilmunya,
Pelangi itu putih asalnya,
dan akan menjadi putih akhirnya.

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Berwarna warni ceria,
atau putih suci sahaja?
Yang manakah lebih sesuai,
untuk diberikan kepada Sang Pelangi yang indah itu,
baik pada pandangan mata kasar,
dan juga pada pandangan akal pintar,
pada rupa asalnya,
dan juga proses pembentukannya?

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Engkau nilailah sendiri!



| 0 Respons Terbuka ]


Artikel ini khas ditujukan buat Tanah Air Malaysia...

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-51...

Selamat meraikan hari kebebasan dari kuku-kuku tangan dan kaki penjajah yang penuh berdaki...

yang busuk baunya, tapi disapukan perfume-perfume dan minyak wangi yang gayanya bagai dapat dijumpa di pasar-pasar malam, jenama Brave (brave ya, brave - cit), Boss, Armani, tapi tiruan...

Konon-konon berbau sedap lagi harum semerbak, tapi bagi yang berhidung,

Ya Ampun, busuk gile ah...

Tahniah, kamu berjaya alihkan tangan itu...

berjaya alihkan jari itu...

tapi, tak boleh dinafikan daki-daki itu terlekat juga...

walau malang tak berbau, tapi badan kamu berbau...

ya, mandi, pergi mandi...

apalagi, gunalah sabun Shokobutsu...

memang, memang seronok berkubang di dalam kubang kerbau...

tapi, BUSUK!!!

busuk kamu tak kan hilang,

busuk kamu hanya akan bertambah...

keluarkanlah wang sedikit,

belilah Shokobutsu ke, Palmolive ke (cewah, gaya cam salesman lak) atau apa2 aje...


beli, dan guna...

basuh daki penjajah itu ya...


SEMOGA MENJADI WANGI SEMULA...

SEMOGA MAKIN BERJAYA..




p/s:maaf lambat post kerna sekarang sibuk mengemas rumah baru...

| 0 Respons Terbuka ]

Ltar Masa: Petang kelmarin
Latar cuaca: Hari yang panas
Latar masyarakat: Aku yang pemalas
------------------------------

Ibu: Tolong siram pokok keliling rumah
Aku: Hrmm...ok

Dalam-hati-masa-siram-pokok: 1.Aiseh...apasal la banyak sangat pokok keliling rumah ni...
2.Aiseh...apasal la luas sangat kawasan rumah ni...
3.Aiseh...bila nak sambung ngadap-komputer-biar-sampai -bengkak-mata nih (Nota:aku sedang mengadap komputer bilamana aku ketika aku on call-siram all those needy pokok)


Latar masa:Petang semalam
Latar cuaca: Hari yang mendung
Latar masyarakat: Aku yang mengada2
--------------------------------

Ibu: Tolong siram pokok keliling rumah
Aku: OK

Dalam-hati-masa-siram-pokok:1. Yaahhoooo...apsal best sangat siram pokok ni?
2. Apsal nak hujan lak hari ni? Aiseh...x leh siram semua pokok la...klu aku siram semua, nanti hujan nak siram ape?
3. Mari sini rakan-rakan, bawak semua pokok2 anda, biar saya siram....


Latar Masa: Hari ini
Latar cuaca: [Maaf, lupa beli temperature punya "meter"]
Latar Masyarakat: Aku yang.................
---------------------------------------------------

Aku: Haih, malasnya siram pokok....



Sah, aku memang manusia

*sigh*

| 0 Respons Terbuka ]


Tersebutlah kisah anak diberi ubat cabut lari...

Ubat wang ringgit pakcik beri...

Anak telan wang ringgit senang hati~~~

(*baca dengan intonasi lagu wayang kulit iklan ubat batuk cap ibu dan anak)

------------------------------------------------------------------------------------

Jom Berpantun!!!

-------------------------------------------------------------------------------------



Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama dengan si kucing belang,

Dua tiga emas kuberi,

Untuk menyogok si encik seorang.


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya memang kurang ajar,

Betul ke salah tolong diamkan.


Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Duit emas pon boleh ku bayar,

Asalkan habis cerita disini…


Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Berapa boleh saya dapat?

Kalau banyak oklah tu...


Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Suruh makan saya makan,

Halal haram saya tak tahu...


Gendang gendut,

Tali kecapi,

Kenyang perut,

Gelap hati….


Pulau Pandan jauh ketengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dimamah tanah,

Duit rasuah menjadi punca….



Nak makan suap n suap makanan x???

| 0 Respons Terbuka ]

"Wilayah....oh...wilayah...,"mungkin itulah yang Pak Lah fikirkan.

Mana tidaknya, Wilayah Persekutuan, yang mempunyai 13 kerusi Parlimen, hanya 3 kerusi sahaja yang dapat dipertahankan oleh parti mereka. Itupun hanyalah Putrajaya, Setiwangsa dan Labuan, yang mencatatkan peratusan terendah orang yang keluar mengundi. Alahai Wilayah Persekutuan, melepaslah engkau....

Kemudiannya, 'projek-projek mega Pak Lah', Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi, Utara (NCER), dan Wilayah Ekonomi Timur (ECER) nampaknya tidak masuk perangkap. Wilayah Ekonomi Utara (NCER) dan ECER, yang iklannya begitu dahsyat sekali, seolah-olah tidak memberikan apa-apa kepada pihaknya. Selepas dilancarkan NCER, terlepas Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Nasib baik sahaja Perlis masih dalam genggamannya. Alahai Perlis...yang paling kecik pun jadilah....

"ECER, kenapalah engkau tidak bererti? Dilancarkan sahaja ECER, maka makin bertambah kukuhlah PAS. Alamak Kelantan...malu besarnya aku...Berbillion duit aku laburkan.

Jom kita terbang tengok-tengok, jenguk-jenguk Johor. Wilayah Pembangunan Iskandar, spesis Wilayah pertama Pak Lah. Aduh....tak menjadi juga kamu, ya! Johor kubu kuat aku pun ditembus. Dulu pembangkang tiada kerusi di negeri ini, sudah ada 6 kerusi DUN nampak gayanya, ya!

" Wilayah...oh...wilayah..."

Aku kata pada Pak Lah, itulah kamu...siapa suruh main politik wang!