Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts
| 3 Respons Terbuka ]

Ini siri kedua terpaksa update. Baik, malas cakap banyak ini hari. Nak berphotoshop pun malas la jugak pinjam komputer orang (dah memang aku ni pemalas orangnya). Transfer-transfer gambar lagi. Ingat nak try juga sedas-dua. Tambah skil. Tapi, itu lain kali lah ye. Lain kali tu bila, ha, itu kita tak tahu. Bai.

IMG_3103
bila ajal tiba, memang tak boleh lari. pasal tali kuning dan pakcik ladang ada.

IMG_3298
(nak buat motion blur. tapi tak jadi dan ini jelah pun yang terbaik aku dapat. tripod bawak gi ladang, tapi simpan dalam kereta. haih..)

IMG_3213
nama dia Arabi. betul, aku tak tipu.

IMG_3020
bersungguh-sungguh

IMG_2995
aku edit sikit gambar ni. tapi macam bodoh je aku tengok.

IMG_3057
kelas anatomi




| 0 Respons Terbuka ]

Ini gambar-gambar dari ladang (mazra3a) di Huwwara, Irbid, Jordan semasa proses penyembelihan Hari Raya Korban pelajar Malaysia di Irbid, Jordan. Perjalanan ke ladang tu adalah ambil masa dalam 20 minit dari tempat kawasan penempatan pelajar Malaysia.

OK, usha sebilangan kecil gambar di bawah ni. Oh ya, aku tangkap 660 keping gambar dalam masa 4 jam dan agak memenat dan membosankan sebenarnya. Nak pilih, lagilah bosan.Aku harap korang tengok gambar-gambar di bawah ini dengan perasaan sedih kerana inilah penyebab aku mengharungi waktu-waktu sukar.

Keterangan acara (macam facebook dalam bahasa Melayu. tak caya, terjemahla facebook enko);
Hari : Jumaat, 27 November 2009
Waktu: Lepas solat Jumaat sampai nak dekat Isya' (pukul 1 lebih lebih tak kurang sampai 5.30 kot)
Lokasi: Ladang haiwan-haiwan halal dimakan, Huwwara, Irbid, Jordan.
Status gambar: SOOC (straight out of camera - no editing done - tak pandai edit kan)

IMG_2885
abang jambu. pakai subang pink

IMG_2889
fanatik Kelantan FC.

IMG_2918
fanatik kepala biri-biri.

IMG_3037
lembu punya usus, Ibrahim dapat nama

IMG_3054
bersatu kita teguh walau bercerai kepala dengan badan

IMG_3137
mati pun ada nombor giliran. korang punya, nombor berapa?

Maka setelah melihat jam 2.57 pagi dan mengenangkan esok kelas 8.15 pagi (jarak perjalanan ke kelas - 45 minit) , aku nak tidur dulu. Sambung lain kali. Lain kali tu bila, ha, itu kita tak tahu. Bai, selamat makan papadom.









| 3 Respons Terbuka ]

IMG_0989
"..balik kampung, ooo balik kampung oo balik kampung.." (further read about the picture, click)

katak comel
"Selamat Hari Raya" -katak comel (for unedited version and further read, click)

sky is blue
"..Satu hari di Hari Raya blabla langit cemerlang tak terkira blabla penuh jet fighter jua helikopter blabla .."

Selamat ganti puasa.


| 7 Respons Terbuka ]

....is the initial for "Straight Out Of Camera", which means no editing done. Just like, fresh from the oven, maybe?

IMG_0093

IMG_0056

IMG_0102

IMG_0138

IMG_0213

Tangkap gambar sekejap saja. Tapi, pilih gambar yang leceh. Malas betul aku. Oh, gambar-gambar di atas ini bertempat di rumah aku, Malaysia. Maksudnya, aku dah balik. Sudah la ye? Bai.

| 12 Respons Terbuka ]

What a 300mm lens could do for you? Yes, it won't feed you unless you become a professional paparazzi. It's merely a tool that would satisfy a telephoto photographer. Once I tried it, I felt cool. You could shot without been recognized. And you even could shot something that your eyes couldn't barely see. Here are some photos that been taken in Mecca, Saudi Arabia. From Nadzeem's hotel room's window.

DSC_0905
agak-agaknya, berapa meter, ya?

OK, proceed to the next picture to see how far the subject is.

DSC_0919
can you see the where the arrow is? can you recognize some similar colour details to the above picture? there it is. cool isn't it? (the location is at Jisr Kubri or Kubri Bridge)

Or, you can do shot like this without being known by the subject. Oh, people call it paparazzi, but, whatever people call it, I would prefer this style to be named as "low-profile cameraman style". They're too shy to show up their face making them to shoot without being recognized. Oh, great justification! Yeay! (pergi mampus!)

DSC_0911
I named this picture, "Berempat Lebih Baik by Dalca Sentiasa"

Or, this;

DSC_0908
Err, the title of this picture is obviously written in the picture itself. And, they don't even manage to realise their single muscle movement been captured. How low-profile photographer I am! Auww. =p (Err, I won't give the title "Kahwin Empat Lebih Baik by Dalca Sentiasa" though.)


Oh, well, the one and only motive of this article is actually to show you people the last picture. Yet, it's not a campaign. That's all, and tomorrow, semester three will be starting. Blurgh!


p/s: Aku berlatih menulis dalam bahasa Inggeris ni korang jangan gelak la pula. Aku tahu, grammar aku dah jadi pasemboq lama tak guna. Dua tahun lebih tak tulis karangan dalam English. Oh, semua gambar dishoot diambil dari tempat yang sama. Tukar lens saja, itupun untuk gambar ke-2.

p/s: ampun tok-tok otai kamera, cucu baru belajar tulis benda tak salahkan?

| 3 Respons Terbuka ]

sambungan;

aku malas menaip. malas berblog-blog. Lu tengok gambar duk diam-diam sudah.


I want!
Gambar ini salah letak aparture dan shutter speed. Overexposure. Memang silap habis, tapi, aku rasa macam ok juga. Ada bokeh gitu. Eh, tak malu puji gambar sendiri. Tak edit pun. Tapi, kalau kau orang rasa buruk, kutuklah. Aku buat tak tahu je.


DSC_0160
Waseem cari baju untuk awek dia

DSC_0161
"Huduh ah sume!"-Waseem

Jangan cari bini lain!
Mamnu3 3an bahatha ghayyir zau5ah, nati Waseem pulah ddeghah hidung, bia sapa cabut. -Waseem
Bahasa Terengganu+Arab Bantai 112 bermaksud "Jangan cari bini lain, nanti Waseem pulas hidung sampai tercabut". (Khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Waseem dan Hariz ditujukan kepada kaum lelaki. Eh, ke perempuan boleh cari bini lain juga? Kalau boleh, masuk sekalilah!)



Post ini aku set waktu publish. Malas nak layan. Tengok gambar diam-diam eh?

| 6 Respons Terbuka ]

Kalau ikutkan hati, malas aku nak apdet blog. Rasa nak delete pun ada. Haiyoh. Kau orang baca blog ini, pasal apa? Ya Allah, cubalah buat benda berfaedah sikit. Ish! Tapi, sebab ada banyak gambar yang orang request nak tengok, aku terpaksa upload. Ewah.

Hari ini, kita letak gambar model yang mempopularkan blog abah dia, Waseem. Klik sini kalau nak tengok blog abah dia.Ini semua aku ambil masa pergi Mekkah, satu malam saja. Gambar-gambar lain di Mekkah dan Madinah, gambar aku pergi camping semalam di hutan mana-mana entah di Ajloun (skil turun coaster sesuka hati), lain kali.


DSC_0209


DSC_0186
taktik budak kecil malas berjalan. keji sungguh.
DSC_0204
aku suruh dia tambah emosi dalam posing, dia terus menangis

DSC_0179
senyap tak sampai 5 saat, terus aku tangkap gambar dan dia lari balik

DSC_0211
Hahaha! Akulah otai Zamzam Tower -Waseem-




Susah nak tangkap gambar budak ini. Hyperaktif semacam. Memang aku respek sama Lutfi sebab dalam blog, gambar budak ini semua nais (nice) semacam. Padahal, nak dekat runtuh Zamzam Tower dia lompat.

Entahlah, aku rasa, fungsi utama budak kecik di dalam dunia bagi selain ibu bapa, hanyalah mainan yang menarik. Orang-orang dewasa tengok, teruja, comel! Macam tengok patung barbie doll. Eh, tak, maksud aku, patung power rangers. Kemudian, buat bahan cubit pipi. Angkat-angkat, suruh dia lari, suruh dia lompat, buat-buat cerita hantu suruh dia takut, ish, sebijik macam mainan. Cuci muntah dan berak, sah-sah kerja ibu bapa dia. Atau, macam mana?

Tapi, semua yang dewasa pernah menjadi budak kecil. Seronok juga sebenarnya jadi budak kecil walaupun sentiasa fikir perkara merepek dan mengarut itu sebagai betul. Contohnya, sampai sekarang, aku masih pening kepala mahu cari sumber, bagaimana masa aku, dalam umur 4-8 tahun, boleh fikir, adik kandung aku sebenarnya anak kawan ibu aku yang diberikan pada ibu aku. Padahal, orang kata aku, muka aku dan dia tak ada beza sangat masa kecil-kecil. Eh, lagi satu yang lebih horrible, aku fikir, kalau kau lelaki masa kecil, kau akan jadi perempuan masa dewasa. Juga sebaliknya. Sehingga aku terfikir, mak aku dulu lelaki masa kecil, sama dengan aku dan bapa aku perempuan masa kecil. Oh!

Agak-agak, kau orang ada kepercayaan karut apa ya masa kecil-kecil dulu yang masih korang ingat sampai sekarang? Sporting sikit.


Eh, esok ada sambungan gambar.

p/s: aku tak sangka dalam aku boleh menaip sepanjang ini dalam keadaan malas hapdet blog.

| 9 Respons Terbuka ]

Testing, testing.


Tajuk: Anak Burung. (ke nak tajuk camana lagi?)
Anak burung

Ini kerja aku di Mekkah. Buka tingkap, cari benda-benda best sikit. Nampak sarang burung, tembak.

"dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat ta'at kepada Allah." -38:19

Gear : Nikon D40 with the courtesy of Nadzeem
Lens : Sigma 70-300mm
Shutter Speed: 1/80
Aperture : 5.6
Focal Length : 300mm


Tajuk: People and transformation (fuyyo tajuk!)
People
At Masjid Nabawi (Prophet Mosque), Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia. The way the subjects dress tell that they are Pakistani people. The robot-like things behind is somehow closable roof (ade ke vocab macam ini? ah, bantai). But, I prefer to call it transformer's sister.

Gear : Samsung L100 tak payah nak kredit sapa-sapa pun
Lens : Yang memang dah melekat pada kamera (Berapa kali aku zoom aku tak ingat)
Aperture :2.8
Shutter Speed: 1/15


Aku pi Saudi tak ambil gambar sangat. Sekeping dua adalah. Orang ambil gambar aku ada. Haha. Tarak percaya? Haa, klik sama ini. Barang sekali dua jadi model apa salahnya, kan? Tapi, atas dasar aku tak hensem, tak payahlah korang kutuk-kutuk depan kawan korang.

Adalah juga pengalaman-pengalaman menarik aku di sana seperti kena masuk kereta polis pukul 1 pagi sebab ambil gambar terowong depan hotel, jumpa syeikh madrasah tahfiz tempat aku tidur di Istanbul, buat patah penudung mangkuk tandas di Madinah, jumpa Lotfi dan Waseem buas, eh ini aku tak pasti menarik tak, lagi, aku tak ingat lagi satu. Lupa!

Apa-apa pun, terime kasih bbanyok Pi, bowok aku gi jalang, belanje-belanje, ajor aku sumer. tengokler esok luse aku upload gamba mung plok kalu aku rajing layang blog. Ok, bai, salam.

| 12 Respons Terbuka ]

SDC13266 : Old is Gold.

SDC13266 : Old is Gold, Damascus

Captured from a fast moving bus.So, it's not perfect anyway to be shared. But, I love the colour

And I don't expect the colour to be so classic until I checked my harddisk just now.

SOOC (meaning: Straight Out Of the Camera)

Location: Damascus, Syria. The mountain at the back is Jabal Qasiyun or Mt. Qasiyoun, the setting of the first crime in humanity history, the killing of Qabil (Cain) by Habil (Abel).

There is also a cave in the mountain that is one of the caves to be believed where Seven Sleepers Cave (Ashabul Kahfi) story took place, despite of in one in Amman, Jordan and the other in Turkey.

Yes, there's a lot of classic car in Damascus and not to forget, old bicycle. And the building is something related to millitary (I don't remember what). And to be mention, the country have a great focus on military and defence system as it is located in the middle of war countries (Israel, Lebanon and Iraq).



Sumber: Flickr aku. Kopi-pasta 100 peratus.



tengok video ini kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan fakta di atas


Ok. Cubaan dalam fotojournalisma. Cukup. Ini entri orang dalam peperiksaan akhir semester. Ringkas dan padat. Ewah.

Ini sekadar pengumuman kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara, terutama di Jordan. Tolong jangan bagitahu sesiapa sahaja, rakan anda, bukan berkewarganegaraan Malaysia, tentang runtuhnya Stadium Gong Badak di Terengganu. Nanti aku tak mengaku aku orang Malaysia dengan Arab. Haa, aku nak mengaku orang China pun boleh. Bukan dia tahu aku cakap bahasa apa.

Malulah nanti kau orang, lagi-lagi yang dah azali lagi duk di tanah orang, tapi, masih tak dapat nak menerima kelainan orang lain. Semua nak komplen. Kalau nak komplen kotor atau depa kuat hisap rokok ka, ok lah juga. Ini kalau komplen Arab suka basuh jalan dan depan kedai dia, suka menyanyi, haa, malulah kau kalau Arab tahu Stadium itu runtuh, kan?

Formula Matematik hari ini,

Keruntuhan Moral pemimpin dan kontraktor = Keruntuhan Sikap pekerja = Keruntuhan Stadium= Keruntuhan Maruah = *Harapnya* Keruntuhan Dalang yang buat kerja.



Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu main Lego dan Lacy. Lepas bina, rasa bosan, hancurkan. Herm.

Bai. Stadi.

| 12 Respons Terbuka ]

Religion

Religion

A day at Sofia, Bulgaria.

The most anterior one is mosque, that is the only mosque in Sofia, built by the greatest architect ever, Mimar Sinan. While the rest are sinagouge (green roof) and church, the one behind the tree. Sorry that I couldn't find any better angle to show up those tree roofs, yes, the roofs ussually tell us what religion is using that building.

SDC14932: A place to sleep

SDC14932: A place to sleep

An evening at Sofia, Bulgaria. Shot from Sofia Bus Station.

The sillhoute have attracted my eyes but not my body to sleep there. Well, such a cheapo traveler like me don't sleep in such luxury hotel. =p


kopi-pasta 100 peratus dari laman Flickr aku.


p/s: tak sabar untuk trip seterusnya, tapi, aiseh..final exam ni sangat3 ..... (isi tempat kosong)

| 11 Respons Terbuka ]

Nothing to write. But something to express. People say, Selamat Hari Guru, I'm saying, Happy Birthday Ibu.

Walaupun terlambat sehari. Salahkan depa buat program pada hari jadi mak aku. Pergi berenang di Aqaba pula tu. Aku siap snorkelling pula. Biarpun tak lawa pantai dia macam pantai Malaysia. Haha. Kerja nak salahkan orang.

Semalam, hari jadi mak aku. Jadi, siapa-siapa nak SMS ucap, dipersilakanlah.

Mungkin gambar-gambar ini boleh mengekspresikan lagi ucapan aku berbanding tulisan yang aku rasa semakin klise. Picture worth thousands words.

More than words -Extreme-

Sometimes, you don't understand

Mom

bird at lake 2


colours

Comforting

SDC13981


That was the turning point;
That was one lonely night!

The star maker says, "It ain't so bad"
The dream maker's gonna make you mad
The spaceman says, "Everybody look down!
Its all in your mind!"

-Spaceman, The Killers-


Happy Birthday Ibu! ;)

Juga, buat guru-guru (mak aku pun boleh kira guru juga, bukan?) dari guru nursery aku (aku pernah masuk nursery? ha, itu kita tak tahu bak kata Diloz) sampailah ke guru-guru Fisiologi, Anatomy, Organic Chem dan Histology aku. Aku tau korang tak baca. Tapi, takpa. Nak buat senarai nama, panjang sangat. Terima kasih.


Kadang-kadang, terlampau bermain dengan gambar membuatkan kita susah bermain dengan perkataan. Betulkah?

p/s: semua gambar adalah berlatarkan Turki, kecuali gambar burung Swan itu adalah di Tasik Ohrid, Macedonia (FYROM).

| 14 Respons Terbuka ]

*Warning; agak panjang berbanding biasa. Muntah-muntah hijau dan mabuk laut? tak ada masalah.

che nut's baby


Rabu itu, aku naik bas balik dari jame'ah, balik dari Maarad Thaqafi. Macam biasa, ditegur Arab. Aku dan Azzam layanlah. Tapi, Azzam lagi gemar bercakap dari aku, jadi dialah yang superior. Aku biarkan depa, tengok ke luar tingkap bas saja.


Cakap blabla, benda klise, kemudian, dia tanya Azzam pasal awek-awek Jordan. Hot tak? Kemudian, dia tawar pelacur pada Azzam. Aku sengih saja. Ini sengal punya orang. 5JD dengan araklah, percumalah, macam-macam. Tak boleh layan ini orang.

Sekali, dia tawar dadah. Azzam kata haram. Dia melenting. Dia kata makruh. Kemudian, bergaduh pasal dadah makruh. Itu yang dia nak pertahan. Arab tak boleh bro, asyik nak menang saja. Lagi-lagi kalau yang mentaliti rendah. Yang baik, tak ada masalah.

Di bawah perbualan kami dengan dia yang telah diterjemah. Kang aku tak terjemah, ada 14000 komen masuk, marah-marah tak faham. Susah hidup aku nanti.

Arab 1 : Dadah? Tak nak?
Azzam : Haram weh. Mana boleh bro.
Arab 1 : Hah? Haram? Mana ada. Makruh la sengal.

Azzam : Swine flu ko. Haram la weh. Fatwa di Malaysia macam tu.
Arab 1 : Fatawa fi Malizia gholath (Fatwa di M'sia salah)

Angin musim bunga sepoi-sepoi bahasa. Gandum meliang-liuk disapa angin.

Azzam : Mana-mana tempat ada 'ulama. Sapa lu mau kata itu ulama Malaysia salah? Kau tak layak, depa berilmu lagi.
Arab 1 : Wowo, tapi di Jordan makruh. (seriesli, aku tak tau betul ke tak)

Azzam : Tapi, still ko takbleh kata fatwa di Malaysia salah.
Arab 1 : Abeh, mana lagi betul? Sini lagi la betul, budak tak hensem.
Aku : Gua goreng kang taik mata lu. Lu ingat Islam tu Arab je ke? Arab ada je yang Kristian, ramai pulak tu. Dude, ingat, lu tu lagi dekat dengan Yahudi. Sepupu-sepapat je. (Nasib baik aku tak tahu lagi masa tu yang Pope buat "Haji" di Mt. Nebo, Jordan.)

Arab 1: Tapi, Nabi Muhamad lahir bangsa apa? Islam tu Arab punya. Al-Quran, Arab, budak rambut smart.

Aku : Keldai ah kau. Habis, Yahudi lagi ramai Nabi. Kalau macam tu, dia lagi mulia la dari ko, biawak padang pasir.

Orang lain, usha-usha. Cet. Dahlah tak bayar tengok show aku.
Aku renung ke dalam mata mereka. Biar terbakar anak mata depa.

Azzam : Kau takda hak nak kata depa salah, itu hanyalah khilaf. (Keluar dalil, aku tak ingat)
Arab 1 : Wei2 (sebab suma nak cakap, dia tarik perhatian), ko belajar fizik?
Aku : Aah (Blur)

Jantung berdegup kencang. Adrenalin pantas dirembes. Darah mengalir deras.

Arab 1 : Dah tu, kau belajar pasal medan magnet? Yang lagi dekat kan, lagi kuat? Mekah sebagai punca medan magnet, mana lagi dekat? Malaysia atau Jordan?
Azzam : (Cakap lagi. Dalil semua keluar. Aku tak ingat pun menda.)
Aku : Habis, kalau macam tu, apsal semua kerajaan Islam Arab, Umawiyyah, Abasiyyah, Fatimiyyah ".............." (lupa perkataan "runtuh" dalam bahasa Arab. Buat isyarat tangan, sambil tergagap-gagap)


Burung berkicauan.


Tiba-tiba, bunyi telefon berdering. Azzam angkat. Suasana hening. Anti-klimaks. Mulut kaku. Jantung turut berehat. Aku tengok luar. Mata melilau.

Cet! Sudah terlepas tempat sepatutnya aku turun. Perh, kena jalan jauh lagi.



**********************************

Tadi, aku terfikir, kalau orang kita punya juga sikap sama, terlebih bangga diri tapi macam tin kosong. Ketuk bunyi bising. Poyo bajet Islam untuk depa dan depa untuk Islam, tapi tawar pelacur sama Azzam. Hakptuih.


Disclaimer:

1-Diingatkan bukan semua Arab sikap macam ni. Tapi, majoritinya ada sikap ini, bangga keturunan walau ramai juga tidaklah sebangang mamat di atas ini. Yang baik, memang baik. Jenis mentaliti bawahan selalunya macam ni.
2-Isi-isi perdebatan adalah betul, tetapi berlaku penambahan pada gaya bahasa. Mangkuk kau aku mencarut dalam bahasa Arab. Aku tahu dua carutan saja dalam bahasa Arab. Hanyalah berniat untuk tak bagi bosan. Lagi satu, cuak aku nak carut dia depan muka dia. Dahlah badan besar. Penyek aku sekali lenyek.



*********

Cerita lain; ini adalah gambar-gambar tidak rasmi anak Che' Nut oleh aku., baru umur 4 hari. Abah budak kecil ini masih belum dikenalpasti. Kes Ayah Pin pun tak selesai lagi, kena queue kes ini di mahkamah dulu.

che nut's baby 2

malik skandal che nut
Malik, pak cik yang baik. Dah jadi babysitter dah gayanya.

Seriesli, aku agak gembira sebab sudah punya model, macam Ustaz Lotpi punya Waseem. Che' Nut memang comel gila, tapi, susah tak reti nak duk diam, dan kamera aku tak cukup bagus untuk menangkap gambar dalam keadaan bulu dia nampak cantik. Memang 500d vs d90 la weh.

Cadangan nama kalau jantan;
Nama penuh; Razak Bagi Dah b Che' Nut. Panggilan; Raz@ Bag
Betina; Altantuya Seribu bt. Che' Nut. Panggilan; ???


| 9 Respons Terbuka ]

Ini kisah Hari Ibu kedua. Kisah panas punya. Kisah Mursyid jadi bapa. Pasangannya, Che Nut, baru saja melahirkan anak, dan didapati ada satu saja anaknya. Ramai menjangkakan anak yang bakal lahir adalah kembar tapi, yang didapati hanya seekor sahaja. Kami percaya, pasti Hady atau Mursyid yang makan anak-anak yang lain. Memang siut, aku tahu.

Apa yang menarik ialah, selama ini Che Nut@Che Nat adalah seorang yang sangat liar pisau cukur, hanya tahu mengisi perutnya sahaja. Langsung tak manja. Aku nak belai pun tak boleh. Tetapi, lahirnya anak dia yang baru tadi, memang dia tak berganjak dari anaknya walaupun diumpan dengan sardin. Memang keibuan sungguh. Mahu usha Che Nut perempuan comel-dan-cantik-tapi-liar? Klik sini. Tiada kaitan dengan gambar Paris Hilton itu.


Cerita lain; dulu masa kecil-kecil, aku yakin kau orang minat juga cerita-cerita seperti Power Rangers mahupun Ultraman. Suatu hari, masa aku darjah dua mungkin aku nak minta duit dengan mak aku, bayar apa di sekolah, aku lupa. Sambil itu, aku macam budak kecik (memang pun), berbangga-bangga dengan mak aku, Robot Power Rangers, hebat. Aku cakap pada mak aku, "Ibu tak boleh nak berlawan macam dia."

Mak aku balas, "Apa yang hebatnya, dia bergantung pada senjata canggih manggih semua. Kalau tak ada benda-benda tu, tak hebatlah dia. Yang hebat senjata itu."

Aku budak kecil, tak faham, dan tak ambil peduli. Hari ini, tiba-tiba aku teringat, dan baru aku faham. Lagilah aku faham bila aku baca ini. Ibu aku tak pernah tipu aku.


Sunset At Irbid
Peduli gambar; Salah satu perkara yang aku suka akan Jordan ialah langitnya. Memang cantik. Lagi-lagi kalau nak usha sunset. Oh ya, lupa nak bagitahu, aku tak edit sikit pun gambar ini.Keaslian penting. Ini buat aku sayang kamera aku ni. Mmuah. =p


p/s aku rasa Mursyid memang sengaja makan anak dia. Family planninglah katakan. Kata belajar Animal Healthcare?


*updated*
Appendix

Che Nut- Kucing yang selalu curi ayam dan ikan di rumah aku. Bulu lebat gila-gila, comel tapi langsung tak manja atau jinak. Pfft!
Mursyid dan Hady- Ahli rumah a.k.a watak manusia hidup dan melakukan aktiviti perkumuhan dengan baik.

| ]

Kelmarin mak aku mesej aku. Dia kata, dia sibuk minggu itu. Ayah aku pun sama. Ke Mirilah, Kuching, Terengganu minggu depan. Entah. Kerja dia. Paling aku terkesan, dia tak merungut akan kesihatan dia yang kurang baik akhir-akhir ini, tapi, dia cakap kesian pada adik aku dua orang yang paling muda berada di rumah. Sebab, Ibu dan Abah aku sibuk.

Aku rasa, tak ada orang lain lebih beruntung dari aku. Sebab aku ada mak aku. Oh, aku pun rasa emak aku adalah orang paling beruntung dalam bulan Mei. Sebab, dia akan menyambut Hari Ibu. 10/5, harijadi dia, 15/5 dan boleh jugalah kalau dia nak sambut hari guru, 16/5. Hari pensyarah tak ada kan?

Aku pun bangga muka aku iras mak aku. Aku tak kisah kalau kau kata tak. Aku nak kata, ya, juga.

Selamat Hari Ibu, Bu!


Happy Mother's Day, Ibu!


| 19 Respons Terbuka ]

Sambungan gambar musim bunga. Tema kali ini warna kuning ya, adik-adik.Ada exam Fisiologi hari sabtu dan Anatomy hari Ahad.Tak sempat nak tulis apa-apa.

Spring in Jordan
just a plain view during spring time in Irbid, Jordan. Nothing special actually.Oh yes, that is Olive tree.
An attempt.
An attempt to do macro shot using compact camera, and obviously it doesn't work. Do you know how big the flower is? The diameter of the yellow region is only about 1cm.

Yellow

Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah they were all yellow,


I came along
I wrote a song for you
And all the things you do
And it was called yellow

So then I took my turn
Oh all the things I've done
And it was all yellow
.......
-Yellow, Coldplay-


The sky and Petra
gambar lama di Petra, Jordan.Jangan ingat tempat ini ada bendalah ukiran besar nama Monastery tu saja. Petra memang besar. Nak pusing dua hari pun boleh sangat. Sehari adalah minimum.

maarad thaqafi
Di khemah Palestin semasa Maarad Thaqafi (Pameran Kebudayaan). Makanan tradisional mereka dengan pelapik anyaman tradisional mereka. Aku suka warna dia, itu aku snap.