Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts
| 3 Respons Terbuka ]

Ini siri kedua terpaksa update. Baik, malas cakap banyak ini hari. Nak berphotoshop pun malas la jugak pinjam komputer orang (dah memang aku ni pemalas orangnya). Transfer-transfer gambar lagi. Ingat nak try juga sedas-dua. Tambah skil. Tapi, itu lain kali lah ye. Lain kali tu bila, ha, itu kita tak tahu. Bai.

IMG_3103
bila ajal tiba, memang tak boleh lari. pasal tali kuning dan pakcik ladang ada.

IMG_3298
(nak buat motion blur. tapi tak jadi dan ini jelah pun yang terbaik aku dapat. tripod bawak gi ladang, tapi simpan dalam kereta. haih..)

IMG_3213
nama dia Arabi. betul, aku tak tipu.

IMG_3020
bersungguh-sungguh

IMG_2995
aku edit sikit gambar ni. tapi macam bodoh je aku tengok.

IMG_3057
kelas anatomi




| 8 Respons Terbuka ]

Ini adalah post pertama di dalam tahun 2009. Belum tidur lagi, pukul 2.48 pagi. Tadi, pergi bermain kad ataupun dalam nama lain, daun terup dengan budak-budak ni. Haha, adoih. Itulah perkara pertama saya buat dalam tahun ini, selain dari mengambil gambar [Mengambil gambar perkara pertama, ok?]. Heh, memang sengal, bukan? Oih, tapi, tak payah risau, kami belia benci dadah, rokok, judi, arak, maksiat dan semua sekali lah.

SDC12427
Ini perkara pertama yang dilakukan? Ish ish. Haha.Dah, mahu buat apa lagi? Bosan weh.




Potret pertama di dalam tahun 2009. Ok, ini saja, mahu tengok perbezaan. Hady yang tangkap gambar. Aku tak reti nak berposing seorang diri. Segan oh. Kalau ramai-ramai atau ada objek lain, ok kot?
[Tahu, memang skema habis gambar ini]


Selamat Tahun Baru 2009!


Moga kita dirahmati Allah pada hari-hari yang mendatang di dalam tahun ini dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. =)

p/s: gambar kedua aku muat naik ke friendster kerana flickr menggedik. Aku pun tak tahu kenapa. Ish.

| 0 Respons Terbuka ]

Ad-Deir from the view of a kid, Petra, Jordan

Ada banyak maksud dapat dihuraikan dari foto ini. Aku suka foto ini. Gambar di Petra. Ad-Deir dari pandangan seekor anak kambing. Dengan ini, gambar ini mengakhiri post aku pada tahun 2008. =)

| 11 Respons Terbuka ]

Ketika saya menulis ini, 31/12/2008 sedang melarikan diri, memunculkan 1/1/2009 bagi waktu Malaysia, tetapi, tidak Jordan. Masih ada 6 jam untuk saya menikmati atmosfera 2008. Saya ingin menulis imbas kembali apa yang berlaku dalam hidup saya pada tahun ini. Maklumlah, semua orang nak buat, saya pun, nak juga. Bukan apa, nanti terlewat, orang kata "Rumah dah siap, baru berbunyi paku" atau macam macam mana hah? dan "Gelabah la wei".

Sungguh, tahun ini mempunyai banyak peristiwa penting dalam hidup saya selama hidup ini. Tak mengapa, saya penulis yang baik hati. Tak akan biarkan pembaca sekalian untuk tertunggu-tunggu dan bermain dengan perasaan sendiri, menanti-nanti kejutan yang bakal merosakkan fungsi jantung anda semua. Percayalah. Mari kita lihat.


1. Gelaran budak sekolah secara rasminya tidak melekat lagi pada saya. Cool bukan? Haha, bolehlah pula saya menjadi seperti orang-orang dewasa yang dulunya menggelakkan budak-budak beruniform sekolah. Eh, tapi, tak baikkan buat macam tu? Tak soleh kata budak-budak surau.

2. Keluarnya keputusan peperiksaan awam Malaysia terakhir. OKlah, syukur. Alhamdulillah.

3. Kali pertama menghadiri temuduga secara rasmi.

4. Kali pertama orang nak bagi aku [ooppss!] duit suruh blah dari Malaysia. Mungkin mereka menyampah agaknya?

5. Kali pertama buat keputusan pelik, ambil medic. Cet, secara seriusnya, keputusan itu hanya berlaku dalam tahun ini. Kalau tahun-tahun sebelumnya atau seterusnya, memang aku tak akan buat keputusan pelik sedemikian. Pasti. [Ambil medic? Bosan kan? Tapi, aku tak kisah engkau orang nak kata apa. Lalala~ *tutup telinga dengan putik kapas jenama Johnson and Johnson*]

6. Kali pertama ada orang berebut-rebut aku. Wow, masyhur betul. Kemudian, aku pun pening. Tak tahu nak pilih siapa. Cet. Pondan. Pondan pun tak pening, kan?

7. Kali pertama aku makan orang bayar secara berterusan. Suka hati betul. Tapi, aku masih juga kedekut. Memang Haji Bakhil.

8. Kali pertama aku naik kapal besi di udara yang ada kipas tu, pergi ke negara orang. Sebelum ni, pernah, tapi, pusing dalam negara sendiri saja. Ish, sampai pula, ke negara yang "bapak hebat gila".

9. Kali pertama sampai ke salah satu 7 Wonders.

Al-Khazneh, Petra, Jordan
Maaf, ini bukan dari kamera aku. Kamera Hilmi. Heh, aku malas nak upload lagi gambar-gambar yang beratus-ratus tu. [Kalau, engkau orang kata, oh, patutlah buruk pun, aku memang iyakan saja. Haha]

10. Kali pertama buat keputusan paling bodoh pernah aku buat. Aku tak tahu, aku boleh buat keputusan yang lebih bodoh dari ini atau tidak. Tapi, kadang-kadang, syok juga buat keputusan yang bodoh, bukan? Barulah rakan-rakan nampak kita bodoh, dan tidak meniru kita di dalam peperiksaan, kan?

11. Kali pertama, dalam kelas aku bercampur dengan bangsa lain. Kalau zaman sekolah dulu, memang satu bangsa saja. Cikgu, lainlah, kan? Oh, perlu tahu, aku bukan rasis.

Human-made facing the God-made. JUST, Irbid, Jordan.
Universiti aku. Oh, jangan risau, ini gambar aku punya. Pintu pagar JUST ciptaan manusia menentang Sunset ciptaan Tuhan, memang kalah punya. JUST, Irbid, Jordan.

12.Kali pertama paham, berada di atas laut ni, bukan best sangat pun!

13. Kali pertama rasa, "adoi, hipokritnya aku", bila mak aku suruh aku pesan sama adik-adik aku rajin-rajinlah belajar, ya? Rakan, tolong!

14. Umur masuk 18 tahun. Amat penting, tahu? Hehe.

15. Pergi snorkelling buat pertama kali di Laut Merah.[Maaf, aku tak kemaskini lagi travelog pasal pergi jalan-jalan hari itu].

16. Jumpa balik Yusri Sahadi BizLimited. Ahah, ini sangat penting.

17. Tahun ini, minat aku terhadap fotografi dan bisnes dari kecil dulu timbul kembali, hasil dari beberapa peristiwa.[Tapi, maaf, aku tak power pun dalam dua-duanya. Newbie lagi]

18.Yang paling penting, aku banyak belajar mengenai kehidupan dalam tahun ini, berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. =)


OK. Cun. Cukup 18, bukan? Sama dengan umur aku. Oh, engkau orang tak perlu sibuk nak kata, alaa, budak lagi, rupanya. Tapi, memang banyak aku mengarut di atas, saja, tak ada modal, nak penuhkan sampai 18. Oih, kamu, jangan kutuk, tahu!


Oh ya, tidak lupa juga, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 14 kepada adik aku, Nurain Binti Mohd. Zarir [31/12/2008] dan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 46 kepada Abah, Mohd. Zarir bin Ab Rahman [1/1/2009]. Menarik, bukan? Ahli keluarga aku memang menarik tarikh lahir mereka. Benar. Klik ini dan juga ini. Aku pun tak pasti, mungkin itu salah satu syarat untuk jadi ahli keluarga ini, kot. Kalau tak cantik, tak layak. Mungkinlah. Ah, merepek. Padamkan ingatan kamu akan repekan aku ini. Apa-apa pun, Happy Birthday Abah dan Ain! =)


2008 berlalu, 2009 mendatang. Selamat Pergi 2008 dan Selamat Datang 2009. Selamat Tahun Baru!


p/s: Erm, maaf, secara spontannya, penggunaan perkataan "saya" hilang dan bertukar menjadi "Aku" di dalam post ini.


Dalam kita bergelak ketawa, ingatlah akan saudara seIslam kita di Gaza seberang sana [dari Jordan, ok?]. Marilah mendoakan mereka.

| 4 Respons Terbuka ]

Let those pictures talk...

kad raya lagi...

kad raya

kad raya

kad raya aidilfitri 2

| 4 Respons Terbuka ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah. Sudah lama tidak menghulur khabar bicara. Laporan perlu dihantar setiap minggu. Bulan paling kurang. Dan, saya memilih pilihan kedua. Usah bertanya. Mahu lurus kepada titik. (Straight to the point?)

Laporan 1


Irbid-Terdapat sekumpulan lelaki muda yang sangat berketrampilan dalam masak-memasak. Sangat hebat. Sangat sedap. Susah dan jarang-jarang ditemui kumpulan sebesar ini. Lelaki muda yang teror memasak pernah saya temui. Abang-Kuali-Berapi-Kafe'-INTEC.Menarik. Kualinya berapi-api. Gaya penampilan bagai atlet, tapi rupanya tukang masak handalan. Abang saya. Kurang pasti dengan taraf kemampuan. Tapi, menunjukkan tanda-tanda awal kejayaan-minat yang luar biasa. Bagus. Seorang pemandu kapal terbang yang memasak makan tengaharinya sendiri di pantri kapal terbang. Menarik? Dan, lelaki-lelaki Melayu Irbid. Kumpulan yang besar.

Ya, lepas ini, saya akan jadi seperti mereka. Haha. Bukti?

Ya, lihat persiapan masakan raya saya, maksudnya, kami-anggota rumah.




MASAK BIRI-BIRI!!!

| 0 Respons Terbuka ]

Diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama kepada Rakyat Malaysia,

Selamat Berpuasa

Puasa, jangan tak puasa...

Nanti tak selamat di akhirat...

Haaa..

Ingat, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...




p/s:masuk rumah hari ni, hari pertama puasa, menarik sungguh bukan?
puasa la weiiii


| 0 Respons Terbuka ]


Artikel ini khas ditujukan buat Tanah Air Malaysia...

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-51...

Selamat meraikan hari kebebasan dari kuku-kuku tangan dan kaki penjajah yang penuh berdaki...

yang busuk baunya, tapi disapukan perfume-perfume dan minyak wangi yang gayanya bagai dapat dijumpa di pasar-pasar malam, jenama Brave (brave ya, brave - cit), Boss, Armani, tapi tiruan...

Konon-konon berbau sedap lagi harum semerbak, tapi bagi yang berhidung,

Ya Ampun, busuk gile ah...

Tahniah, kamu berjaya alihkan tangan itu...

berjaya alihkan jari itu...

tapi, tak boleh dinafikan daki-daki itu terlekat juga...

walau malang tak berbau, tapi badan kamu berbau...

ya, mandi, pergi mandi...

apalagi, gunalah sabun Shokobutsu...

memang, memang seronok berkubang di dalam kubang kerbau...

tapi, BUSUK!!!

busuk kamu tak kan hilang,

busuk kamu hanya akan bertambah...

keluarkanlah wang sedikit,

belilah Shokobutsu ke, Palmolive ke (cewah, gaya cam salesman lak) atau apa2 aje...


beli, dan guna...

basuh daki penjajah itu ya...


SEMOGA MENJADI WANGI SEMULA...

SEMOGA MAKIN BERJAYA..




p/s:maaf lambat post kerna sekarang sibuk mengemas rumah baru...

| 3 Respons Terbuka ]

Ini adalah Pertama.



Bukan Kompleks Pertama yang kalau dapat diaplikasikan teknologi "Honey, I Shrunk The Kid" membuatkan ianya dapat disumbat di dalam muzium.




Bukan Percubaan Pertama chakura padat dari Aizat Akademi Fantasiot itu.



Bukan jua Pertama-Persatuan Wakil Rakyat Tamak.




Langsung bukan.




Jauh sekali.



Mana mungkin.




Pertama ini jauh lebih mulia dari semua itu.



Kerna.


..........



.........


.........


.........




Ini adalah POST PERTAMA AKU DI JORDAN.



p/s: hanya sekadar perasmian.

!!!
| 3 Respons Terbuka ]

Pergh...

Lusa flight. Seminggu sebelum puasa. Langsung tak cool.

-_-!

| 0 Respons Terbuka ]

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni, 16 Mei 2008, Hari Guru. Jadi, pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan cikgu-cikgu di luar sana. Tak lupa dan sememangnya tak akan dan tak boleh dilupakan kepada guru-guru di Tadika Iman, Sekolah Rendah Islam Aman, SMKA Falahiah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah yang banyak berjasa kepada diriku ini. Cikgu, ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru. Minta maaf, tak mampu saya senaraikan semua cikgu2. Dan, tidak ketinggalan, kepada sesiapa sahaja yang pernah memberikan aku walau secebis ilmu, tak kira siapa anda dan dimana jua anda berada,Selamat Hari Guru.

Bercakap pasal Hari Guru, ada dua orang di rumah ni yang boleh dikategorikan sebagai guru, ayah aku, seorang bekas guru dan emak aku, yang boleh juga dikategorikan sebagai guru.


Me and Yesterday

Semalam, Ulangtahun kelahiran mak aku yang kesekian kalinya. Sengaja aku tidak ingin menulis sesuatu bersempena Hari Ibu kerna saban tahun memang Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Lahir mak aku lebih kurang. Macam tahun lepas, Hari Ibu 15 Mei, tarikh yang sama dengan tarikh lahir mak aku. So, double happiness gitulah kiranya. Hadiah? Tak perlulah bagitahu kot. Bukannya mahal pun. Kalau mahal pun, tak perlulah aku nak tulis. Tak manis kan cerita-cerita balik apa yang kita bagi untuk orang lain, kan? Jadi, SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-45, Ibu khas buat Puan Haslina Hassan walaupun aku tahu dia tak baca ruangan repekan aku ni. Moga-moga dirahmati dan diberkati umur dan dimurahkan rezeki.


Bersempena Hari Guru ini, marilah kita sama-sama mengingat kembali kisah En. ape da tuh??? bagitahu kat KISAS dulu berkenaan dengan penawanan Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Sherpanya. Sehebat-hebat manusia, ada seorang guru di belakangnya.

Selamat Hari Guru, Selamat Ulangtahun Kelahiran Ibu dan Selamat Hari Ibu!

| 6 Respons Terbuka ]

Adeh...dah lama saya tidak meng'update' blog. Oleh sebab itu, banyaklah timbul suara yg meminta saya meng'update' blog saya ini. Suara yang paling hebat sekali ialah suara sedara Eszrael yang kerap kali bertanyakan saya ,"Bila nak update blog ni? " , "Apsal tak update blog ni?" dan sebagainya...

Kalau korang tak percaya, korang boleh sahaja tengok di chatbox berbelang-belang di sebelah tu.
Yang ada di situ hanyalah sebahagian sahaja memandangkan ada yang meluahkan rasa ghairah mereka untuk melihat blog ini untuk diupdate melalui Yahoo! Messenger.

Jadi, kepada anda semua, terutama Eszrael a.k.a Ahmad Baihaqi Saharun a.k.a Khosyatullah Al-Haq, bekas Ketua Editor Majalah RESTU, Pengarah MANIS 2007 dan pemilik laman blog Eszrael, maaflah bebanyak.

Jadi, di sini saya menyenairakan sebab2 kenapa saya tidak sempat mengupdate blog saya ini.

1. Sibuk dengan tugasan terakhir kelas KEX saya. Seronok maa....
2. 'Berlatih' untuk bawa kereta sebelum menghadiri test dengan pihak JPJ.
3. Pergi test JPJ. (Seharian duk kat YakinPandu...bapak ahhhh...lepas ni memang dah tak nak pergi daaa..<--dah tak perlu pergi pun, dah lulus lah katakan...haha) 4. Memberi peluang kepada adik saya yang berada di Tingkatan 4 di SBPI Batu Rakit untuk 'bermaharajalela' dengan komputer ini buat sementara waktu di waktu cuti sekolah ini. 5. DAN, YANG PALING UTAMA SEKALI IALAH, SAYA LEBIH BANYAK MENGHABISKAN MASA DENGAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TANAH AIR DAN MELIHAT ANALISIS-ANALISIS POLITIK. BILA LAGI? WAKTU INI SAHAJALAH YANG BOLEHNYA...

Jadi, kepada anda yang dua tiga kali mengunjungi laman ini dan tidak melihat sebarang progression pada laman ini, saya ucapkan beribu minta maaf.


*Bai,
haha.....capub gler la ko kali ni ya!


| 0 Respons Terbuka ]

Assalamualaikum salam dinyata,
tanda sambutan kunjungan anda,
sambutan dengan tangan yang terbuka,
moga kita berlapang dada.

Dahulu wordpress.com, kini blogspot.comlah pula,
namun title masih sama,
diharapnya menetap di sini selama,
diharap diterima saya oleh anda..........





cewah,
berpantunlah pula!!!