| 16 Respons Terbuka ]

Stalker
Perhati dari jauh. Kerana gambar, aku sanggup berguling dan luka kaki. Ada pohon berduri laa. Dahla aku pakai seluar tiga suku pergi jogging. =.=!

Red, Hot
Atasi segala masalah dan rumput. Nescaya kau akan menggapainya. Untuk gambar ini, aku ada buat sajak. Klik pada gambar untuk membacanya. Kalau nak baca, baca sampai habis. Jangan separuh-separuh. Kalau tak nak, tak payah. =p

Paradox of life.
Self-proclaim to be the best picture among those taken yesterday. Memang tak malu =p.

Arif Hakimi si model berjaya.
Nama dia Ariff Hakimi. Budak pandai, ketua berkaliber. Hafiz 30 juzu'. Promosi baik punya. Memang tak ada diskaun.

It's Spring
Latar gambar ini berlainan dari kesemua di atas. Lain sikit saja, dalam 50 meter, mungkin.


Ada lagi gambar lain. Kita tangguh dulu untuk sesi seterusnya. Ya?

Ustaz Najib Al-Mongoli ada buat pertandingan lagu 1Wawasan. Aku memang tak ada bakat jadi komposer lagi semangat. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau lagu jiwang, boleh kot. Tapi, aku rasa, lagu jiwang genre akulah. Contoh ada di bawah. Ini hanya terhad buat awek-awek Arab Jordan. Aku tak tahulah kalau negara Arab lain pun boleh masuk dengan syair ini. Malaysia, aku rasa memang kena rejek.

Kalau kau nak meng-urat awek Arab Jordan, jangan nyanyikan pada dia lagu Amr Diab, ataupun berdabkah depan dia.



Oh, memang video atas melampau. Budak-budak kecil sudah hedonisma. Bintang kecil sungguh. Namun, ketepikan.

Tapi, nyanyikan lagu aku tulis. Metaforakan mereka dengan Pepsi dan rokok.

Contoh lagu akan aku tulis,


Pepsi dan Rokok
komposer: Hariz
Lagu: Hariz
Artis: Bukan Hariz (Suara aku tak sedap)

Kau bagaikan Pepsi,
yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia,
tanpamu ku lemah,
pasti aku tak bergaya,
Hilanglah seriku sebagai warganegara..., (buat nada lagu Maha karya cinta-Faizal Tahir)

Oooo oooo~ (bunyikan sesuka hati anda)

Kau bagaikan batang rokok,
Hanya dirimu yang bisa,
membuatku tenang
dan terbang
oooo uuu ooo
Tanpa dirimu,
membuatku rasa hilang
dan nak mati dan nak mati


Kau seperti rokok di dalam mulutku,
Yang berasap di udara,
kau seperti sebiji tin Pepsi,
yang kuteguk kau selalu ada...
Ooo ooo oooo
Uuu uuu uuu
(ulang lagi sekali)

(ikut nada lagi Once-Dealova)


Ku rela,
tamat riwayat,
ku rela,
menjadi mayat,
di awal usia,
kerana panjangnya usiaku
tanpa bersamamu,
adalah sia-sia,
dan terseksa...
(nada baca sajak)

Berdua denganmu,
pasti lebih baik,
walau aku sakit..

berdua denganmu, pasti lebih baik,
dari hidup tanpamu,
itu pasti bunuhku,
dari racunmu...
(nada lagu Acha Septriasa-Berdua lebih baik)


Huh. Sudah-sudah. Aku sudah kering modal. Oh, buat rakan-rakan yang berada di Jordan sekalian mahupun rakyat Jordan yang mampu membaca bahasa Melayu, jangan marah. Ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melempiaskan kesengalan aku. Tiada kutukan secara serius.

Tapikan, bagi siapa yang tahu situasi di Jordan, mahupun memahami maksud aku melalui bait-bait kata aku di atas, agak-agak, perempuan Jordan boleh cair tak?

Boleh jadi Nizar Qbani era baru tak?



p/s:aku sangat sengal akhir-akhir ini. maafkan.

| 9 Respons Terbuka ]

Memang aku tak sempat nak pergi berphotohunting di ladang gandum. Aku rasa, bukan masalah besar pun sebenarnya, kalau nak pergi. Nak balik ke rumah, masalah sikit, mungkin. Kemudian, masa perlu aku cari. Itu masalah utama. Ini buat aku jadi tak keruan bila memikirkan tak lama lagi, nak masuk musim panas. Padang luas menghijau di kawasan berbukit-bukit ni, bukan senang nak cari di Malaysia. Ala-ala sawah padilah juga sebenarnya, tapi, lainlah sedikit. Ditambah pula, dengan adanya rumah-rumah Arab.

Tapi, paling kurang, aku makin keruan nampaknya malam ini. Tadi, masa pergi jogging, sempatlah aku berseni-seni sebentar dengan bunga liar dalam 15 minit, memandangkan nak masuk maghrib. Jadi, adalah beberapa hasil tangan aku yang tak seberapa. Satu dulu, sudah cukup, bukan? Yang lain, lain kali. =p

Stalker
Question: Is stalking a crime?

| 14 Respons Terbuka ]

Lama aku tak sapu sawang di blog ni. (ayat tak ada modal) Ini sikit panjang punya post. Kalau tak minat cerita 1, boleh ke cerita seterusnya dengan melihat pembahagian-pembahagian yang aku buat. Setel?

SDC13677
Miniaturk, Istanbul

*************

SDC13719
Miniaturk, Istanbul, Turkey.

Musim bunga sudah lama masuk. Bunga-bunga tepi-tepi jalan dan tengah padang di Jordan mekar dan banyak bersepah-sepah. Pokok-pokok yang sebelum ini kering kontang dek bergunting rambut (meluruhkan daun), kini tumbuh semula. Kalau rambut orang, sudah nombor 4. Bahkan, sekarang, pokok-pokok gandum ditepi jalan sepanjang perjalanan aku ke Universiti mula menguning sedikit di hujungnya. Penuh di sepanjang jalan panorama ini. Menghijau dengan sikit kuning di atasnya. Ah, lupa diberitahu, bunga-bunga liar yang memenuhi bumi pun telah dibuang. Orang dia anggap bunga-bunga liar itu macam orang Malaysia anggap semaklah, kot. Aku pun tak pasti. Tapi, sayang, aku tak ada masa nak berseni-seni menangkap gambar. Nak tangkap gambar dalam kawasan universiti aku, boleh saja, tapi, seganlah wei.


Spring in Jordan
Lebih kuranglah, tapi, bukan gambar aku, pinjam sekejap saja. Terima kasih Shamel Jenakat.

"Bangang hapa Malizi tu tangkap gambar semak-semak tu?", versi Arab sikah assolehah.

Tapi, tak apa, aku bagi link ini, untuk kau orang tengok, macam mana rupa persekitaran sini, lebih kurang. Klik. Ewah. Tapi, gambar yang ada tu, awal-awal musim bunga, kau tengok rumput-rumput tu masih pendek lagi. Aku suspek, sekarang, sudah tinggi peha.

Oh, lagi satu kelebihan rumput panjang di Jordan, kau orang rasa nikmat tak nampak sampah penuh di ruang kosong dek tertutup oleh rumput. Senior aku kata, kalau masa salji pun, macam itu juga (tahun ni, tak turun salji di Irbid). Alhamdulillah. Sejuk perut aku tak nampak sampah.

************
SDC13723
Miniature Lapangan Terbang Attarturk terkutuk, Miniaturk, Istanbul

Seingat aku, aku tak pernah cerita apa yang berlaku dalam hidup aku di sini, selain dari kisah aku jalan sana, jalan sini. Baik, buat kali pertamanya, aku bagitahu kau orang, minggu lepas, budak-budak sini, perlu melalui satu makhluk bernama Maarad Thaqafi (Pameran Kebudayaan). Ini macam International Week lah. Satu minggu dia bagi satu ruang khemah untuk mempamerkan negara masing-masing. Gambar aku bagi sehari dua lagi.

Pasti eksklusif pasal aku jarang letak gambar aku di blog ni. Ada sindrom "Mamaku *Naleng(rujuk appendiks)" (malu-malu kucing nak letak gambar sendiri), kot?

***********
SDC13714
Miniaturk, Istanbul

Ketiga, aku tahu, aku boleh dianggap Loser, sebab baru tahu benda ini. Barang baik punya. Macam nak mati aku tergelak. MBB. Tahu? Kalau sudah tahu, sila buat-buat tak tahu. Terima kasih. Lu orang tengoklah barang baik ini.

Awek-awek yang gila cerita Korea tu, jangan marah gua kalau tengok ni, kalau rasa kecewa, nangis sorang-sorang dalam bilik bawah bantal, sudah!





Appendix;

Naleng (kelantan) --> Satu emosi yang buat hormon kita tak menentu perembesannya, bikin heart kita berdegup kencang, adrenalin mengalir deras, tangan bergerak tak tentu, mulut terkumat-kamit.
Heart ---> Jantung dalam istilah PPSMI
Adrenalin---> Sori, gua tak dak kamus dewan nak bagitahu apa maksud dia. Spesis-spesis hormonlah ni. Adik beradik Testosterone dan Progestronelah, sayang.
Testosterone dan progestrone--> Adik beradik Adrenaline lain mak, lain bapak.
Terkumat-kamit--> Pergerakan mulut semacam membaca ayat-ayat cinta tanpa memakai gigi palsu ataupun seolah-olah sedang makan kapur sireh.

Alahai, naleng tu, nervous lah dalam bahasa penjajah!


Tamatlah post aku yang lagha pada hari ini. Terima kasih kerana masih bersama. Bai!




| 15 Respons Terbuka ]

Hari ini aku cuba genre baru pula. Tak perlu letak-letak quotation yang aku baca. Otak sedang penat tengok movie. Best bangat. Memang aku sudah ketagih filem-filem yang ada unsur-unsur perdebatan ataupun sewaktu dengannya. V for Vendetta (baru tengok-segan gila), The Oxford Murderer, Conspirasy dan blablabla. Oh, Stephen Chow memang tetap di hati. Kau orang ada cadangan filem-filem genre sebegini yang mantap-mantap tak? Aku tengah cari ni.

Hanging Lamp

Historically....

Both pictures above setting in Dolmabahce Palace, Istanbul, Turkey. It is damnly big, and pretty great. The second picture is in the Hammam (Turkish Bath) room, or better said, Royal Hammam. From one side, you can see it as symbol of greatness of Uthmaniyyah Empire, but from the other side, it is a sign of a big waste of money by the Sultan, who built it.

Oh, actually there is one more picture, that left behind, where the ceiling is covered with pure gold. Perhaps, some other time, I will put it somewhere, to show it to you.

Hundred years ago, it was exclusively for the Sultan, and the workers inside there, but, now, it is for you, too, to see, and to seek.

It was history...


Dolah pelajar cemerlang

Dolah lagi...

His name is Abdullah bin Mohammad.

That was when we were on our airplane transit before we landed here, in Jordan to struggle with our new world, as a tertiary education student.

Location: Dubai Airport, Dubai, UAE

And, I'm more than pretty sure that, you Dolah, will be more than proud to see those pictures. =p

smiling is a good exercise

A signboard had been doodled. Such a beautiful vandalisme. Haha.

Location: Ohrid City Center Car Park, Ohrid, Republic Macedonia

Info: Lake Ohrid, currently, is on the fifth ranking on the Nature 7 Wonders, in Lake Category. The oldest lake ever formed in Europe, located in west of FY Republic of Macedonia, bordering to Albania.

Aku letak gambaq ataih ni pasai aku tilik-tilik, muka dia lebih kurang dengan Dolah ja. Haha.

****
Kejap, aku tak tahan. Persetankan ayat aku di atas aku tak nak letak quote. Nak juga, sebab tiba-tiba aku teringat Kungfu Panda, yang bapa dia kata "There's no secret is actually the secret", bikin dia terus berlari kembali berjuang menentang sang algojo, hasil kesedaran dia, skrol suci itu memang tak ada apa-apa, tapi, itulah rahsia kehebatannya.

Damn! Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Aku harap kau orang faham.

Eh, kau orang tengok tak Kungfu Panda?

| 4 Respons Terbuka ]

Kepada sesiapa yang aku ada berjanji untuk menulis berkenaan temuduga MARA dan PETRONAS, aku pinta maaf. Berbanyak-banyak maaf. Tak sempat aku nak tulis, kau orang punya Educamp Petronas dua tiga hari lagi, kan? Dan, temuduga MARA minggu depan, bukan?

Tak boleh aku nak siapkan apa yang aku dah tulis separuh. Peperiksaan cemburu dengan kau orang. Dia nak bolot aku. Tak mahu bagi aku berbakti dengan kau orang. Jadi, maaf dipohon.

Tapi, aku dah perturunkan sedikit ilmu (ewah!) pada Azam dan beberapa orang lagi. Untuk EDUCAMP PETRONAS, kau orang boleh lawati blog Azam. Rajin-rajinlah baca sembang-sembang Yahoo! Messenger aku dengan dia, yang di kopi pasta (copy paste) kan di blog dia.

Just my 2 cents. =)

Moga-moga kejayaan mengiringi kau orang.


Eyes of Hope

This 7 year old baby face (act, he looks younger than he is) kid has been already memorised 12 juzu' of Holy Quran.

And, telling you, the Tahfiz school, where we slept for three nights, is somekind of very modern school, comparing to back there in Malaysia and here in Jordan. Eventhough, the payment is up to the parents whether they afford to do it. If not, it does not even a problem.

Location: A Tahfiz School in Fatih, Istanbul, Turkey.
(Penerangan yang aku kopi pasta dari laman Flickr aku)

Freezing, but....
Pagi selepas turunnya salji di Ohrid. Salji mencair, air membeku. Nak tangkap gambar salji lagi best, tak boleh. Sakit tangan. Shutter kamera aku kecil saja. Kamera pun kecil. Nak pakai glove, takut tergelincir kamera. Nak buka sarung tangan, macam nak tercabut jari.


Semoga berjaya. =)


Eh, petua letak air asam jawa atas bumbung untuk suara sedap boleh pakai untuk ubat sakit tekak tak? Aku dah tak tahan ni.

| 7 Respons Terbuka ]

Tadi, baru Najib naik jadi Perdana Menteri. Secara tradisinya, siapa yang jadi Presiden UMNO, dialah yang jadi Perdana Menteri. Elok pula tak ada orang nak cabar dia jadi Presiden UMNO, senang-senang sajalah dia jadi Perdana Menteri. Tunggu Pak Lah turun saja. Tapi, itulah, aku rasa kalau Rozaili bertanding merebut kerusi Presiden UMNO, pasti Rozaili menang. Terus jadi Perdana Menteri. Iyalah, dia mana ada kes bunuh orang. Tak pernah pula cari model-model "panas". Mongolia tak pernah pergi. Cakap, pandai. Organic Chemistry, boleh tahan markah. Rozaili ni pula orang Kepala Batas, orang kampung Pak Lah. Konfem Pak Lah senang perut melihat pengganti dia orang Kepala Batas juga. Malangnya, Rozaili tak berbuat demikian. Kecewa aku dengan kau Rozaili.

SDC13492
Boleh jadi model

SDC13765
Cari-cari Rozaili. Jangan cari aku, sudahhhh!




Ha, kau orang tak mahu sokong Rozaili dalam melawan Najib? Hahaha.



p/s: Jangan marah aku Rozaili ;p

| 14 Respons Terbuka ]

SDC15299
Lake Ohrid, Ohrid, Former Yugoslavia Republic of Macedonia (FYROM) dari atas kubu apa entah nama. Lupa!

Aku senang cakap "Terima kasih" dan aku senang panas kalau aku tengok ada orang tak tahu berterima kasih.

Aku senang cakap "Maaf" dan aku senang panas kalau aku tengok ada orang tak tahu nak minta maaf. Oh, untuk ini, ada pengecualian. Lagi-lagi kalau aku panas. Dan, waktu ego tinggi.

Ajaran abah dan ibu aku sangat melekat, mungkin. (bahagian itu saja, kot?)

Tapi, aku susah nak sujud syukur. Aku susah nak bertaubat. Walaupun abah dan ibu selalu pesan. Erm.

*********

"Barangsiapa yang bersyukur kepadaKu, nescaya akanKu tambah nikmatnya, tetapi barangsiapa yang kufur, maka ingatlah bahawa azabKu amat pedih" (semua tahu kan?)

"Saying thank you is more than good manners. It is good spirituality". -Alfred Painter-

Orang tak kenal Allah pun boleh kata macam itu. Apa kata tambahkan perkataan Allah di antara "Saying thank you" dengan "is more blabla"?

"Gratefulness is the key to a happy life that we hold in our hands, because if we are not grateful, then no matter how much we have we will not be happy -- because we will always want to have something else or something more". - David Steindl-Rast-

********

Aih. Aku bukan tulis untuk kau orang, aku tulis untuk diri sendiri.

Nah, hadiah untuk kau orang cuci mata. Lagi koleksi dari Tasik Ohrid, tasik tertua di benua Eropah. Nak tahu lebih lanjut, boleh google atau Wiki sendiri. Rajin, sikit!


p/s: panas? haha. saja tulis nak suruh orang cuak. aku cepat panas? sori, bro. cuba tanya orang yang kenal aku.



SDC15221

SDC15234

SDC15238
Tersilap kantoi kapel tu dalam kamera aku. Macam paparazzi lah pula. Depa tak marah, kan? ;p

Pedicles of hope
Semua gambar hanyalah sebahagian dari panorama Lake Ohrid.Kalau nanti aku rajin, aku muat naik.

SDC15121