Perhati dari jauh. Kerana gambar, aku sanggup berguling dan luka kaki. Ada pohon berduri laa. Dahla aku pakai seluar tiga suku pergi jogging. =.=!
Atasi segala masalah dan rumput. Nescaya kau akan menggapainya. Untuk gambar ini, aku ada buat sajak. Klik pada gambar untuk membacanya. Kalau nak baca, baca sampai habis. Jangan separuh-separuh. Kalau tak nak, tak payah. =p
Self-proclaim to be the best picture among those taken yesterday. Memang tak malu =p.
Nama dia Ariff Hakimi. Budak pandai, ketua berkaliber. Hafiz 30 juzu'. Promosi baik punya. Memang tak ada diskaun.
Latar gambar ini berlainan dari kesemua di atas. Lain sikit saja, dalam 50 meter, mungkin.
Ada lagi gambar lain. Kita tangguh dulu untuk sesi seterusnya. Ya?
Ustaz Najib Al-Mongoli ada buat pertandingan lagu 1Wawasan. Aku memang tak ada bakat jadi komposer lagi semangat. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau lagu jiwang, boleh kot. Tapi, aku rasa, lagu jiwang genre akulah. Contoh ada di bawah. Ini hanya terhad buat awek-awek Arab Jordan. Aku tak tahulah kalau negara Arab lain pun boleh masuk dengan syair ini. Malaysia, aku rasa memang kena rejek.
Kalau kau nak meng-urat awek Arab Jordan, jangan nyanyikan pada dia lagu Amr Diab, ataupun berdabkah depan dia.
Tapi, nyanyikan lagu aku tulis. Metaforakan mereka dengan Pepsi dan rokok.
Contoh lagu akan aku tulis,
komposer: Hariz
Lagu: Hariz
Artis: Bukan Hariz (Suara aku tak sedap)
yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia,
tanpamu ku lemah,
pasti aku tak bergaya,
Hilanglah seriku sebagai warganegara..., (buat nada lagu Maha karya cinta-Faizal Tahir)
Oooo oooo~ (bunyikan sesuka hati anda)
Kau bagaikan batang rokok,
Hanya dirimu yang bisa,
membuatku tenang
dan terbang
oooo uuu ooo
Tanpa dirimu,
membuatku rasa hilang
dan nak mati dan nak mati
Kau seperti rokok di dalam mulutku,
Yang berasap di udara,
kau seperti sebiji tin Pepsi,
yang kuteguk kau selalu ada...
Ooo ooo oooo
Uuu uuu uuu
(ulang lagi sekali)
(ikut nada lagi Once-Dealova)
Ku rela,
tamat riwayat,
ku rela,
menjadi mayat,
di awal usia,
kerana panjangnya usiaku
tanpa bersamamu,
adalah sia-sia,
dan terseksa...
(nada baca sajak)
Berdua denganmu,
pasti lebih baik,
walau aku sakit..
berdua denganmu, pasti lebih baik,
dari hidup tanpamu,
itu pasti bunuhku,
dari racunmu...
(nada lagu Acha Septriasa-Berdua lebih baik)
Huh. Sudah-sudah. Aku sudah kering modal. Oh, buat rakan-rakan yang berada di Jordan sekalian mahupun rakyat Jordan yang mampu membaca bahasa Melayu, jangan marah. Ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melempiaskan kesengalan aku. Tiada kutukan secara serius.
Tapikan, bagi siapa yang tahu situasi di Jordan, mahupun memahami maksud aku melalui bait-bait kata aku di atas, agak-agak, perempuan Jordan boleh cair tak?
Boleh jadi Nizar Qbani era baru tak?
p/s:aku sangat sengal akhir-akhir ini. maafkan.