| 11 Respons Terbuka ]

Ketika saya menulis ini, 31/12/2008 sedang melarikan diri, memunculkan 1/1/2009 bagi waktu Malaysia, tetapi, tidak Jordan. Masih ada 6 jam untuk saya menikmati atmosfera 2008. Saya ingin menulis imbas kembali apa yang berlaku dalam hidup saya pada tahun ini. Maklumlah, semua orang nak buat, saya pun, nak juga. Bukan apa, nanti terlewat, orang kata "Rumah dah siap, baru berbunyi paku" atau macam macam mana hah? dan "Gelabah la wei".

Sungguh, tahun ini mempunyai banyak peristiwa penting dalam hidup saya selama hidup ini. Tak mengapa, saya penulis yang baik hati. Tak akan biarkan pembaca sekalian untuk tertunggu-tunggu dan bermain dengan perasaan sendiri, menanti-nanti kejutan yang bakal merosakkan fungsi jantung anda semua. Percayalah. Mari kita lihat.


1. Gelaran budak sekolah secara rasminya tidak melekat lagi pada saya. Cool bukan? Haha, bolehlah pula saya menjadi seperti orang-orang dewasa yang dulunya menggelakkan budak-budak beruniform sekolah. Eh, tapi, tak baikkan buat macam tu? Tak soleh kata budak-budak surau.

2. Keluarnya keputusan peperiksaan awam Malaysia terakhir. OKlah, syukur. Alhamdulillah.

3. Kali pertama menghadiri temuduga secara rasmi.

4. Kali pertama orang nak bagi aku [ooppss!] duit suruh blah dari Malaysia. Mungkin mereka menyampah agaknya?

5. Kali pertama buat keputusan pelik, ambil medic. Cet, secara seriusnya, keputusan itu hanya berlaku dalam tahun ini. Kalau tahun-tahun sebelumnya atau seterusnya, memang aku tak akan buat keputusan pelik sedemikian. Pasti. [Ambil medic? Bosan kan? Tapi, aku tak kisah engkau orang nak kata apa. Lalala~ *tutup telinga dengan putik kapas jenama Johnson and Johnson*]

6. Kali pertama ada orang berebut-rebut aku. Wow, masyhur betul. Kemudian, aku pun pening. Tak tahu nak pilih siapa. Cet. Pondan. Pondan pun tak pening, kan?

7. Kali pertama aku makan orang bayar secara berterusan. Suka hati betul. Tapi, aku masih juga kedekut. Memang Haji Bakhil.

8. Kali pertama aku naik kapal besi di udara yang ada kipas tu, pergi ke negara orang. Sebelum ni, pernah, tapi, pusing dalam negara sendiri saja. Ish, sampai pula, ke negara yang "bapak hebat gila".

9. Kali pertama sampai ke salah satu 7 Wonders.

Al-Khazneh, Petra, Jordan
Maaf, ini bukan dari kamera aku. Kamera Hilmi. Heh, aku malas nak upload lagi gambar-gambar yang beratus-ratus tu. [Kalau, engkau orang kata, oh, patutlah buruk pun, aku memang iyakan saja. Haha]

10. Kali pertama buat keputusan paling bodoh pernah aku buat. Aku tak tahu, aku boleh buat keputusan yang lebih bodoh dari ini atau tidak. Tapi, kadang-kadang, syok juga buat keputusan yang bodoh, bukan? Barulah rakan-rakan nampak kita bodoh, dan tidak meniru kita di dalam peperiksaan, kan?

11. Kali pertama, dalam kelas aku bercampur dengan bangsa lain. Kalau zaman sekolah dulu, memang satu bangsa saja. Cikgu, lainlah, kan? Oh, perlu tahu, aku bukan rasis.

Human-made facing the God-made. JUST, Irbid, Jordan.
Universiti aku. Oh, jangan risau, ini gambar aku punya. Pintu pagar JUST ciptaan manusia menentang Sunset ciptaan Tuhan, memang kalah punya. JUST, Irbid, Jordan.

12.Kali pertama paham, berada di atas laut ni, bukan best sangat pun!

13. Kali pertama rasa, "adoi, hipokritnya aku", bila mak aku suruh aku pesan sama adik-adik aku rajin-rajinlah belajar, ya? Rakan, tolong!

14. Umur masuk 18 tahun. Amat penting, tahu? Hehe.

15. Pergi snorkelling buat pertama kali di Laut Merah.[Maaf, aku tak kemaskini lagi travelog pasal pergi jalan-jalan hari itu].

16. Jumpa balik Yusri Sahadi BizLimited. Ahah, ini sangat penting.

17. Tahun ini, minat aku terhadap fotografi dan bisnes dari kecil dulu timbul kembali, hasil dari beberapa peristiwa.[Tapi, maaf, aku tak power pun dalam dua-duanya. Newbie lagi]

18.Yang paling penting, aku banyak belajar mengenai kehidupan dalam tahun ini, berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. =)


OK. Cun. Cukup 18, bukan? Sama dengan umur aku. Oh, engkau orang tak perlu sibuk nak kata, alaa, budak lagi, rupanya. Tapi, memang banyak aku mengarut di atas, saja, tak ada modal, nak penuhkan sampai 18. Oih, kamu, jangan kutuk, tahu!


Oh ya, tidak lupa juga, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 14 kepada adik aku, Nurain Binti Mohd. Zarir [31/12/2008] dan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 46 kepada Abah, Mohd. Zarir bin Ab Rahman [1/1/2009]. Menarik, bukan? Ahli keluarga aku memang menarik tarikh lahir mereka. Benar. Klik ini dan juga ini. Aku pun tak pasti, mungkin itu salah satu syarat untuk jadi ahli keluarga ini, kot. Kalau tak cantik, tak layak. Mungkinlah. Ah, merepek. Padamkan ingatan kamu akan repekan aku ini. Apa-apa pun, Happy Birthday Abah dan Ain! =)


2008 berlalu, 2009 mendatang. Selamat Pergi 2008 dan Selamat Datang 2009. Selamat Tahun Baru!


p/s: Erm, maaf, secara spontannya, penggunaan perkataan "saya" hilang dan bertukar menjadi "Aku" di dalam post ini.


Dalam kita bergelak ketawa, ingatlah akan saudara seIslam kita di Gaza seberang sana [dari Jordan, ok?]. Marilah mendoakan mereka.

| 22 Respons Terbuka ]


Gaza dibom. Ramai yang terkorban. Lebih ramai yang tercedera fizikal. Tercedera mental, siapa tahu? Ramai rakan saya tidak hadir ke kelas di universiti tadi pagi. Ya, pulang ke kampung halaman di Palestin, mungkin? Sama-samalah kita mendoakan mereka dan laknat Allah ke atas Israel. Ada perhimpunan di universiti tadi. Mungkin saya akan muat naik gambar-gambar di pos akan datang.


IMG_2355
Senyuman Tahun Baru di Petra. Unta ni fikir dia kacak kah? Cet.[Maaf, gambar blur]

IMG_2358
Senyuman Tahun Baru di Petra. Bajet cute.Rasa macam nak sepuk saja keldai tu. Nasib baik dah lambat pakcik bas duk tunggu.

Malam ini, masuklah Tahun Baru Hijriah. 1 Muharam 1430. Tahun baru bagi umat Islam. Tahun baru bagi yang mengerti dan memahami peristiwa hijrah.

Sayangnya, tahun baru Masihi kita sambut bagai nak rak, tapi, sikit pun tahun hijrah kita tak ingat. Oh, ucapkan terima kasih sekarang kepada kerajaan Malaysia yang memberikan cuti pada 1 Muharram untuk kita menyedari yang telah masuk tahun baru Hijriah. Dan, sebenarnya, saya pun selalu tak ingat Tahun Hijriah ni. Sebab esok cuti saja saya ingat esok 1 Muharram. Well. Hampeh betul lah.

Dan, oh ya, dua tiga hari lagi masuk Tahun 2009. Asyik saja orang bercakap mengenai azam. Saya ada kawan namanya Azam. Tapi, saya tahu, orang bukannya mahu mengumpat mengenai dia. Ini azam lain, kan?

Tapi, itulah, sepanjang hidup, sekali saja pernah saya ada Azam Tahun Baru. Masa Tingkatan Lima. Setelah dipaksa oleh guru Bahasa Inggeris kesayangan, Miss Lin, untuk menyenaraikan 10 azam saya. Dan, ouch! Susah wei. [Tapi, lebih 75% tercapai. Lalala~]


Wadi Rum, Jordan
Menggenggam azam? Wah.Wadi Rum, Jordan. [Walaupun saya pernah kata saya tak layak jadi model, tapi, saya tarik balik kalau nampak tapak tangan saja.]

Nak ikut ritual engkau orang memang sukar. Malah pernah saya jumpa orang yang ritualnya lebih menarik. Tulis apa yang diangankan untuk sepanjang tahun, kemudian, langsung tak buat. Saya pun tak pasti, sebenarnya yang dalam senarai itu "Senarai Jangan Buat" atau itu hanyalah latihan menulis di dalam Bahasa Melayu ataupun sengaja mahu memboikot diri sendiri. Ah, pelik bukan? Nasib baik ritual ini tak ada unsur-unsur syirik saja, kalau tidak mesti anda semua dimarahi oleh Majlis Mufti Kebangsaan.


Jadi, boleh anda bagi cadangan, azam apa ah yang kul [cool] sikit untuk saya buat masuk dalam senarai saya bagi meneruskan ritual orang ramai ini?

A Human Face-Like Mountain at Wadi Rum, Jordan
Nampak macam bersemangat saja muka di bukit itu. Sedang memikirkan azam tahun baru, kot?
Wadi Rum, Jordan.




p/s:Marilah kita menjauhi ritual sia-sia yang tidak membawa apa-apa faedah. Tukarkan perkara yang sia-sia itu kepada perkara yang berguna. Jom sama-sama! =)


| 12 Respons Terbuka ]


SDC12248
En Hasmat dan Dr SMS

22/12/08 lepas [hari apa? kiralah sendiri,ya? Jangan malas] , Dr SMS datang lepak-lepak di Irbid. Bagi ucapan kepada pelajar Malaysia Irbid di Uni Yarmouk. Panjang dia bercerita. Memang mula-mula, saya selaku lelaki macho lah katakan [pembaca, katakan ewww~~] , terkujat bagai lipas diberi 100 Plus, melihat sendi-sendi Dr SMS [Sheikh Muszaphar Shukor, bukan yang engkau orang buat undi Mawi tu wei!] mula bergerak. Bulu roma mula meremang. Ya, mulanya, saya ingatkan ada hantu duduk di sebelah. Tapi, alih-alih tengok, aih, Azzam lah, dah la siap berjubah dan kopiah putih lagi. Takkanlah hantu nak berlakon jadi Azzam versi alim kot?

Huh, sah otot-otot saya bereaksi melihat pergerakan otot Dr SMS. Huh. Negatif sungguh bukan saya? Huh lagi sekali.

Setelah menyedari saya dalam keadaan negatif, tiba-tiba Dr SMS bagai tahu-tahu pula. Lantas, dia bercerita tentang dirinya yang telah saya tahu dan berkata,

"Diversify Your Life"

Perh. Hebat betul dia membeli respek saya. Tahniah. Memang saya pegang kata-kata itu dan tidak lupa juga, "Dream big and work very very hard" [ini dia sebut dua atau tiga kali. sebijik tahu?]. Eh, dan ini juga, "As long as my mind believe, as long as my physical body can achieve".

SDC12252
Saya tahu saya kelihatan sang gemuk pendek dalam gambar ini. Senyum kambing dan poyo. Maaf. Saya memang tak layak jadi model.[tapi, saya ada gambar dengan dia. anda?]



p/s: dia kata dia tak suka dipanggil Datuk.

[updated; 28/12/08]

| 0 Respons Terbuka ]

SDC11988

SDC12053

Gambar semasa menjelajah selatan Jordan. Kedua-duanya di Wadi Rum, Jordan. Kamera, SAMSUNG L 100 kesayangan. [Tunggu la dulu oih nak angkut DSLR]. Oh ya, kalau mahu datang ke Jordan, jangan lupa untuk ke sini.Tempat yang paling menarik di Jordan saya kira. Heh, saja mahu update blog ini, tapi kemalasan. Ini dikira ok lah kan?


p/s:siut! baru aku perasan yang gambar pertama tu, kamera aku tersalah fokus kat mamat belakang tu [sweater hitam dan seluar jeans; 2 dari kiri]

| 4 Respons Terbuka ]

Bismillah,

Ini adalah cubaan pertama saya dalam membuat review mengenai buku di harizibnzarir.blogspot.com. Jadi, segala kekurangan yang dalam review ini harapnya dimaafkan. Dan, segala teguran dan kritikan membina dialu-alukan ^^.

Tajuk : Nota Jutawan Nota Motivasi
Penulis: Dr. Irfan Khairi [Jutawan Muda Internet]
Harga : RM 39.90
Stor : Popular, KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. [Boleh didapati di mana-mana stor buku di Malaysia]


Saya baru tamat membaca Nota Jutawan Nota Motivasi oleh Dr. Irfan Khairi, 32, semalam. Buku yang sangat bagus, jika saya mahu memberi komen secara ringkas. Buku ini sebenarnya dikirim oleh Ibu saya dari Malaysia setelah permintaan dibuat oleh anaknya ini yang telah lama mahu memiliki buku tersebut. Heheh.

Buku setebal 132 mukasurat tidak termasuk kata penerbit, pendahuluan, indeks dan muka ini memuatkan tips-tips kejayaan dari Dr. Irfan Khairi. Bahasanya mudah, ilustrasi banyak, petikan kata-kata [quote] juga banyak. Dan, yang lebih penting, terdapat pelbagai tips yang saya kira di luar jangkaan kita dalam perjalanan ke arah kejayaan. Sebagai contoh; Dr Irfan Khairi acap kali menekankan tingkah laku menulis dan mencatat dalam pelbagai perkara seperti menulis azam dan matlamat. Ianya adalah penting, kerana, kita dapat "memegang" azam tersebut dan menjadikan kita lebih bermotivasi untuk mencapainya. Nampak mudah, bukan? Namun, ianya amat berguna! Tambahan, terdapat banyak kisah-kisah kejayaan yang agak memberansangkan saya kira dikumpulkan di dalam buku ini.

Penggunaan bahasa adalah ringkas dan buku ini juga nipis, ya, senang dibawa ke mana-mana. Namun, jika anda mencari kisah perjalanan IK secara jelas tentang jatuh bangunnya ataupun mencari jawapan kepada pelbagai persoalan "Bagaimana...?", buku ini bukanlah buku yang tepat. Ianya tidak mengandungi ramuan kejayaan yang spesifik di dalam industri yang spesifik. Dan, secara jujurnya, saya juga dahulunya berharap demikian. Namun, sebagaimana namanya, ianya adalah sebuah nota motivasi dan nota untuk mencapai matlamat ke arah jutawan.

Kandungan di dalamnya adalah lebih umum dan universal. Sesuai dengan sesiapa jua anda, dan apa jua yang anda lakukan, baik seorang peniaga, penulis, usahawan, pelajar mahupun pencuri! [oh ya, diharapkan tidaklah ya. Kalau anda, pembaca adalah seorang pencuri, sila tinggalkan nama anda untuk memudahkan kerja saya memberi nama kepada budak-budak surau untuk mendakwah anda, ya? ;p ].

Apa-apa pun, adalah berbaloi untuk anda pergi ke mana-mana stor buku yang berhampiran, mencari buku ini, mengangkatnya, lantas menyerahkan wang anda kepada cashier sebagai tukaran kepada buku tersebut! Bak kata IK, "Apa yang anda labur jika hari ini anda memiliki RM 39.90?" Jawapannya, "Beli buku ini!".

Jangan lupa, ianya ditulis Jutawan Muda yang membuka mata ramai akan perusahaan perniagaan Internet. Dapatkannya sekarang di stor-stor buku berdekatan anda! [ohoh, macam promoter buku lah pula.Heh]


Oh ya, jangan salahkan saya poyo bergambar, tapi salahkan Hashemi tukang ambil gambar ;p

[updated 25/12/2008]

| 8 Respons Terbuka ]



Pertamanya, post ini sememangnya lambat. Saya tahu itu. Mungkin saya lambat dalam mengejar arus perubahan masa dan isu-isu hangat yang sentiasa bergerak pantas, seiring dengan masa. Tapi, tak mengapa saya kira. Kerna, selalunya, kita lupa dan alpa akan isu di balik isu tersebut. Kita lupa isi di balik perkara tersebut. Makud tersirat adalah lebih penting dari maksud tersurat. Begitulah yang selalunya berlaku.

Hari ini, walaupun lambat dari yang lain, saya tetap akan menyanjung Muntadar Al-Zaidi. Saya tetap akan memberi tabik spring kepadanya. Berani. Walaupun lambat, saya tetap akan mencatatkan sanjungan saya kepadanya.

Baling kasut sama itu Si Samak, eh Semak [Istilah versi Bahasa Melayu]. Berani. Cekal dan sanggup menunjukkan penentangan kepada Bushuknyer bau dia walaupun sedar akibat mendatang. Walaupun tahu, padah yang dihadapan.




Penentangannya adalah simbolik kepada penentangan oleh generasi muda, wartawan dan seluruh umat manusia. Walaupun balingan tersebut dipersendakan oleh Bush, "Oh, the fact is it is size 10" ataupun apa-apalah, tapi, ianya membangkitkan orang yang berdengkur Kroh, kroh, kroh.

Dan saya tahu, ramai yang telah girang gembira bermain baling-baling kasut kepada Bush di dalam Syok dan Aww [Sock and Awe versi Haq yang buat benda sesuka hati dia]. Bagus. Tambah hit kasut yang tercatat diterima oleh Bush. Tunjukkan juga ketidak sukaan hati kita. Bukan hanya menganggap ia sebagai, "Oh, game itu. Aku tau!"

Muntadar kini dilaporkan berada di dalam penjara dan dibantai hebat oleh anjing-anjing bersut cantik boneka-sanggup pihak tali barut Amerika. Dilaporkan patah rusuk dan berdarah bahagian dalaman.

Jadi, sama-samalah kita menandatangani petition untuk melepaskan Muntadar Al-Zaidi dari penjara dan dari kezaliman anjing yang tahu makan nasi dan ayam goreng. Tambahkan undian, semoga Muntadar Al-Zaidi dilepaskan.

Klik pada imej di bawah untuk mengundi.






| 6 Respons Terbuka ]

Ada sesetengah orang, akan melihat rekabentuk kasut dahulu ketika memilih.
Ada sesetengah orang, akan terus menyarungkannya di kaki, merasai kelembutan pelapik kasut tersebut.


Ada sesetengah orang, bila kasut itu dah cantik dan terkenal, sakit tumit telah disembuhkan oleh perasaan mahu bergaya.
Ada sesetengah orang, bila rasa dah selesa, kutuk keji
orang buruknya kasut telah terhalang dari memasuki telinga oleh keselesaan tumit memijak.


Ada sesetengah negara, akan hanya mencipta nama dengan gah di persada antarabangsa.
Ada sesetengah negara, akan hanya memberi rakyat makan.


Ada sesetengah negara, bila nama dah setanding BOSS harumnya, buruk isinya pun tak mengapa. Berkulat ulasnya tak kisah.
Ada sesetengah negara, bila rakyat guna wang kertas untuk menggantikan sapu tangan, nama berada di dalam bilik gelap pun, tiada peduli.


Ada sesetengah kumpulan,....


Harap-harapnya tak terjadi ya di Malaysia..

| 7 Respons Terbuka ]

Semalam aku testing terjemah blog Hembusan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, tapi menggunakan platform Bahasa Indonesia.

Terus, aku terjumpa nama baru untuk salah seorang pemimpin negara berbangsa Cina. Moh usha.


Serius, jangan tanya aku apa yang Abang Google ni tak puas hati dengan Lim Kit Siang. Sekali lagi, aku tak tahu, ok?


Oh ya, dan lagi satu, post ini tidak mempunyai maksud tersirat seperti yang selalunya. Dan, sedikit pesanan, kamu kalau tidak tahu berfikir lebih mendalam, jangan sibuk nak kutuk orang, ya? Kalau tidak tahu mencari makna tersirat, jangan sibuk nak kata karangan darjah satu, ya? Hehe. No offence =)

| 7 Respons Terbuka ]


Oh ya, sudah cukup tarikh tamat untuk mengucapkan Selamat Dewasa dan Matang kepada aku. Seminggu sudah aku melewati zon masa pembahagi kedewasaan dan kematangan. 18 lah katakan. Haha. Aku tahu, mereka yang lebih dewasa akan menggelakkan aku. Alah, 18 tahun pun dah nak kecoh dah besar. Tapi, aku pasti, masa mereka mula menjengah 18 tahun pun, akan rasa teruja. Dan, orang yang lebih tua dari mereka melakukan perkara yang sama; menggelakkan mereka. Oh ya, hidup ini bagai roda.



Namun, apa pun yang berlaku, di sini ingin aku mempromosi tarikh lahir aku agar kamu semua lebih ambil peringatan selepas ini; 9/12, ok? Berpasangan dengan adik lelaki aku iaitu 12/9. Menarik bukan? Terima kasih kepada Ibu aku yang sangat pandai mengatur tarikh.

Ini adalah kali pertama usia aku bertambah di luar negara. Di luar rumah. [9/12 sentiasa cuti akhir tahun]. Tidak tidur malam langsung. Lebih 24 jam tidak tidur. Kerana berada di rumah En Hasmat di Amman membuat video untuk majlis perpisahan Dato' Duta Besar Malaysia ke Jordan yang pulang ke Malaysia pada 11/12/08 kerna akan menyambung tugasnya di New Zealand. Ok, rekod menarik.

Dan, terima kasih diucapkan kepada mereka yang mengucapkan ucapan Hari Lahir kepada aku. Hahah. Ibu, Abah, Adik, Abang, Bazly dan Ain [Family lah], Ayah Rif, Faiz Goku, Jaq, Kameelah nama Sunset, Aqila, Atip, Qayyum, Munzir, Afiqah Gombak, Tuan Zul, Pali Batu Rakit, Paah, Dhamirah, Liyana, Safiqa, Azzam dan ramai lagi yang aku pun dah tak ingat sapa yang wish. Lagi-lagi kalau ucap kat mulut tu, tak ada bukti tercatat aku nak rujuk. Maaf kalau tak tersenarai. Boleh ingatkan di ruang komen di bawah ni yer?

Oh ya, panjang lagi artikel jika mahu bercerita tentang tarikh lahir keluarga aku kerana setiap mereka mempunyai tarikh yang menarik.

p/s: Yang ucap, ramai. Yang bagi hadiah, belum ada lagi. Jadi, marilah kita beramai-ramai berusaha memenuhkan tempat kosong dalam senarai pemberi hadiah. Hahah. Dan, takziah diucapkan kepada Aqila atas apa yang berlaku.

| 0 Respons Terbuka ]

Duit royalti minyak dikembalikan kepada Terengganu. Klinik Ibu dan anak bernilai RM 115 juta dibina. Wah, hebat. Hebat betullah. Segala-galanya akan diperolehi oleh Terengganu sumbangan pihak-pihak tertentu.

Tapi, saya rasa, sudah tentu Amerika, England, Jepun, Perancis dan segala negara kuasa besar akan terlongo mulut terbuka-sampai-masuk-lalat dan akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju dan kuasa besar dengan hanya menggigit kuku sekiranya perkara-perkara ini berterusan, bukan? [Tempat aku tinggal ni memang tak boleh ditulis dan masuk catatan. Kalau mahu masuk juga, tunggu 50 tahun lagi untuk senarai pada hari ini]

Waktu pra-pilihanraya, semua kemewahan akan dikecapi rakyat. Pasca-pilihanraya? Harapan. Sudah tentu pilihanraya setahun setengah sekali pasti bakal menjanjikan kebahagiaan buat rakyat, bukan?

| 0 Respons Terbuka ]

Kisah 1
Mahu sahaja saya namakan tajuk artikel ini sebagai "Soalan Yang Paling Pandai Pernah Dikemukakan". Namun, untuk tidak melanggari hukum penamaan yang sangat ntah apa-apa rekaan saya sendiri, maka nama Hidup Tak Selalunya Indah itu harus juga diletak.

Kadang-kadang, di dalam hidup ini, anda tidak boleh menganggap yang orang lain akan berfikiran seperti anda kerna lain persekitarannya, lainlah pemikirannya. Berfikir merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh sistem neurologi dengan bantuan sensa-sensa yang dapat dipengaruhi persekitaran.
Berikut merupakan kisah benar 5 orang jejaka Melayu asli yang langsung tidak bersalah akan apa yang difikirkannya.

Lokasi: Pesisir pantai Aqaba, Jordan.

Latar Masa: Sekitar pukul 2.00 pagi.

5 orang jejaka yang enggan saya nyatakan taraf kekacakan dan kedunguan mereka bersiar-siar di tepi pantai dan bersembang-sembang. Menikmati alam sekitar. Maklumlah, mereka ini pejuang hak alam sekitar. [Saya harapkan]. Mencuba cara bergambar yang aneh.

Sedang leka berjalan.

"Wowo..oih tengok tuh, unta"

Semua terkejut. Kaget. Ceria. Gembira. Pertama kali melihat unta berdiri tidak jauh dari mereka. Tiba-tiba, ada objek yang panjang dan besar terangkat dari tanah di balik pokok-pokok.

"Arghhh, ape tuh?"

Cisseeyy, mungkin awek unta pertama tadi kot, membuatkan kumpulan lelaki muda itu terkejut. Semua cuak. Gabra. Gara-gara serangan jantung oleh unta sang awek kot tadi.

"Jom ambil gambar"

"Errr, tapikan, unta tuh tak serang kita ker kalau kena flash?"

Jangan salahkan sang bertanya itu kerna di Malaysia tidak ada unta.





p/s:kisah penuh akan diupdate di http://harizibnzarir2.blogspot.com

| 0 Respons Terbuka ]

Posting ini diedit dan dibahagikan untuk memudahkan proses pembacaan kerna panjang yang ekstrim boleh mengganggu proses pembacaan berlaku dengan lancar.Harap Maklum.


Kisah 1;


Sekarang, saya baru menyedari betapa pentingnya untuk kita bukan hanya menghalang dan mengutuk orang melakukan sesuatu. Namun, alternatif lain haruslah diberikan untuk membantu mereka dari kesusahan mereka hadapi akibat kedegilan atau ketidak sengajaan yang berlaku.

Ramai-ramai beriang-ria sampai di Laut Mati, tempat berlakunya keajaiban fizik, geologi, geografi dan kimia. Tempat di mana air dan garam menunjukkan otai dan belang mereka kepada manusia yang ingin bereksperimentasi dengan "Bouyant Force"[=rho v g].

Setibanya kami di Pantai Laut Mati, sebagai pembaca yang tekun dan setia, saya terus membaca papan tanda peringatan yang ada. Mari saya highlitkan satu ayat.

Do not let watre enter your mouth and your eyes.

[lebih kuranglah. saya bukanlah hafiz papan tanda.]
[gambar akan diupload]


Saya sebagai peka bahasa [yela sangat] terus mengajak rakan untuk bergelak tawa bersama dan bersesi fotografi dengan "watre" itu.

Masuk dalam laut. Terapung. Buat gaya pelik-pelik. Ambil gambar. Mandi mandi.

Tiba-tiba, arghhh, air masin tapi tidak gila masuk dalam mata saya. Pedih. Keluar dari laut. Lari lari. Polis kata, ops, Dia kata "jangan", tapi tak kata la pula cara mengatasinya. Kelam kabut. Argh. Pedih. Hipertonik.


Fuh, nasib baik saya dikurniakan akal seorang manusia dan terus berkejar ke arah air paip.



Kisah 2;

Kalau orang kata, bukan rezeki, bukan rezekilah. Tapi, dengan berkat usaha dan mempelajari dari kesilapan, segala-galanya boleh di atasi. Mungkin hari ini bukan hari kita, esok, siapa tahu?

Lokasi: Masih lagi Laut Mati yang tidak mati dengan kunjungan orang.

"Eh, sebelum cau aku nak kutip souvenir free lah kt sini. Aku nak kutip garam sini lah. [garamnya berketul-ketul macam batu]."

"Haa, suka hati kaulah, rain, [erk], riz"

Terus kutip. Letak dekat dengan baju.

Siap mandi. Tunggu budak-budak ni membeli belah produk kecantikan. Oh, lelaki pun cerewet juga ya mahu mencantikkan diri. Lama sungguh. Mengeluh.

Bas gerak. Lama gerak. Tiba-tiba, teringat. Argh! Garam aku!


Lokasi 2: Laut Merah, Aqaba tempat di mana anda dapat melihat tempat Ariel Sharon melakukan proses penyahtinjaan, tempat Ehud Barak bersin dan tempat Ehud Olmert [semuanya laknat Allah ke atas mereka] tersedak kerana saya mengumpatnya. [Bahasa mudah; anda dapat melihat tempat proksi kejahatan dunia, Israel di seberang laut]. Dan juga dapat melihat Mesir dan sempadannya dengan Israel di seberang laut.


Saya adalah orang baru dalam dunia snorkelling. Baiklah, adalah diingatkan cara pernafasan yang dilakukan dalam snorkelling ini berbeza dengan renangan di kolam renang. [Sebab itu saya mengambil masa dalam 40 minit terkapai2 untuk bernafas dengan mulut sahaja.Erk. =.=!] Setelah otak dapat berfungsi dengan baik menguruskan sistem respiratori saya untuk menggunakan mulut sahaja untuk bernafas, saya dapati dunia bawah air sungguh indah.

Ikan-ikan yang juga suka lepak di batu karang hidup macam pakcik-pakcik lepak di kedai kopi. Landak laut. Rumpai laut dan macam macam lagi hidupan yang saya belum melakukan sesi taaruf dan suaikenal bersama.

"Weh, aku nak amek benda nih. Dia perlukan air masin kan untuk hidup?"

"Haha. Semalam garam ko dah takde. Haah, amek la air masin tuh sekali"

"Ceyh.Ok. Aku letak sini dulu [dekat dengan pakaian]"

Sambung bersnorkel. Usha-usha ikan. Takpa, tak berdosa. Usha gadis, lainlah. Dah lewat. Naik ke pantai. Siap-siap. Tukar baju. Mahu gerak.


Haa, nasib baik ingatkan benda tuh. Tak mahu jadi macam garam laut mati.

"Weh, mana aku punya benda laut tuh?"

"Entah. Tadi ada kat sini"

"Arghhh, dah hancur dah. Dah macam habuk dah tinggal!!"



Huh. Baik. Memang bukan rezeki saya.

| 2 Respons Terbuka ]

Kisah 1;


Saya makin naik pening dengan persoalan vandalisme. Salah siapa sebenarnya? Dan juga, bagaimanakah untuk kita mengklasifikasikan seseorang itu sebagai golongan vandalisme? Apakah merosakkan ciptaan Allah juga dikira vandalisme? Saya harap anda semua ada jawapan yang bernas untuk persoalan-persoalan ini.


Oh ya, bagaimana pula jika Laut Mati membuatkan tengkuk saya yang indah ciptaan dan milik Allah ini untuk menelan air masin tapi tidak gila sehingga mampu mewujudkan suasana hipertonik? Laut Merah pula membuatkan tengkuk saya menerima air masin sehingga membuatkan saya gatal-gatal tekak dan kembung perut? Tidak lupa juga Petra, si Jambu, yang fikir tekak saya ini tong sampah pasir-pasirnya yang berwarna merah jambu lantas memaksa pasir-pasir halus itu berumah di dalam tekak saya?

Semuanya menuju ke arah pemusnahan organisma bergelar H2. Lantas, salah siapa sebenarnya?


Kisah 2;

Kadang-kadang, apa yang kita faham bukanlah seperti yang orang lain faham. Dan, apa yang kita fikir, bukanlah seperti yang orang lain fikir.

Kisah kali ini mungkin lebih berbaur sekolah-is. Dan, saya dedikasikan kisah ini buat rakan-rakan yang pernah satu sekolah dengan saya dan juga mereka yang bersekolah di sekolah saya dalam masa 2 tahun lepas.

Bagi seorang penghuni aspura Sekolah Kampung Jawa Klang, istilah NTD itu merupakan suatu nama yang cukup gah dan masyhur. Mungkin mengalahkan reputasi Barrack Obama pada ketika ini. Kalaulah diciptakan Sekolah Kampung Jawa itu hanya sepuluh kali ganda sahaja besarnya, mungkin, senarai "Top Search" di Yahoo! itu sentiasa dirangkul oleh NTD.

Tahu apa itu NTD?

Oh ya, jangan cari di Wikipedia. Mungkin WikiTeam cemburu lantas menyekat info berkenaan dengan Nasi Telur Dadar ini. Cuba klik pada teks di Uncyclopedia ini. Buat bukan Sek Kg Jawaian, nasi ini sentiasa berada di hati kami budak-budak kebulur waktu malam menjelma. Sedap. Dan juga ringkas. Nasi putih yang penuh kelazatan, sup beraji tiada moto, telur goreng yang sangat lembut dan rangup luarnya, sos cili sensasi asia pasifik. Perh. Layan.

Tapi, kadang-kadang, apa yang orang lain faham itu tidak sama seperti yang kita faham. Berikut adalah gambar television ketika kami menginap di Moon Petra Hotel, Wadi Mousa.


Mungkin abang tukang masak NTD sudah kaya raya agaknya lantas mewujudkan saluran televisyennya yang tersendiri.


p/s:Kisah penuh akan diupdate di http://harizibnzarir2.blogspot.com

| 8 Respons Terbuka ]

Sempena dengan cuti Hari Raya Aidiladha, saya cuba memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, saya cuba melakukan apa yang telah lama saya tidak lakukan.

Cuba teka.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum anda menjawab, baik saya jawab.

Memuaskan diri dengan hobi lama, iaitu bermain FIFA World Cup 2006. Dan, saya baru sahaja menamatkan permainan secara rali panjang ini. Baiklah, sila berhenti menggelakkan saya dengan mengatakan saya kolot dan ketinggalan zaman. Anda pasti akan terkejut dan berhenti menggelakkan saya jika saya katakan, "Ouh, dem!". Setelah lama bakat semulajadi tidak diasah dan ditinggalkan begitu sahaja, tahap professional itu saya dapat rasakan amat sukar untuk menang. Hah, terkejut bukan? Sila tutup mulut ketika terkejut. Harap maklum.


Benar, saya tidak pernah dapat menggugat kedudukan Muhammad bin Jaafar [oh mad, aku capabkan ko] [dan juga abang saya] dalam permainan ini, tetapi, adalah silap kamu mencabar saya. [Baca;dulu-dulu].


Kini, barulah saya dapat rasakan apa yang selama ini dirasai oleh Jurulatih-jurulatih skuad Bola Sepak Malaysia. Huh! geleng-geleng kepala masih tidak percaya akan kemampuan diri pada ketika ini dan berazam untuk mengalahkan Juara Dunia PC Game EA Sport Fifa World Cup 2006.

| 9 Respons Terbuka ]

Post ini adalah lanjutan daripada post yang lepas. Atau lebih tepat saya katakan, post yang lepas adalah muqaddimah post ini. Post yang lepas dalam bahasa tersirat, post yang ini dalam bahasa tersurat. Tahniah kepada Dr Prastanta kerana dapat menangkap apa yang ingin saya sampaikan.

Saya tahu, ramai yang terkejut akan tulisan saya yang lepas itu dengan tidak menyangka saya akan menulis sesuatu yang seperti itu walaupun ramai yang tahu saya mampu. Benar, mampu tidak semestinya mahu. Cik Dojot turut merungut dengan mengatakan luruhnya istilah kool itu dari saya atas sebab menulis post yang lepas. Saya tahu. Saya telah sedar akan hakikat realiti itu sebelum menulisnya lagi. Tetapi, kadang-kadang ada sesetengah perkara akan menyebabkan runtuhnya tembok penyekat kepada tindak-tanduk kita. Contohnya, kerana naik harga rumah, ada yang sanggup berbogel. Mungkin mereka berniat untuk menjadi seperti nenek moyang Charles Darwin agaknya supaya pihak itu melepaskan bebanan sewa yang tinggi atas dasar kurangnya kewarasan. Oh, maaf, saya tidak sepatutnya menulis sesuatu yang panas di laman ini. Pis. :)


Begitu juga dengan saya [ayat karangan budak sekolah rendah.uh!]. Sebenarnya, saya naik muak dan mual hampir-hampir mahu muntah melihatkan golongan radikal dan ekstrim ini menyembah ideologi mereka. Semuanya bermula dari program MARA yang saya hadiri dahulu untuk pelajar-pelajar yang bakal dibuang negara. [Mungkin saya akan menceritakannya di post hadapan. Kita tutup dahulu mengenai program MARA itu di sini.]


Saya ada rakan bernama Thomas, Ameer Bellaoum, Raj, dan Ying Fet. Saya juga rapat dengan mereka ini. Saya bangga menjadi Melayu dan Muslim. Bezakan bangga dengan takabbur, riak dan juga merasakan bangsanya sahaja yang bagus.

Saya berasa sungguh jelik sebenarnya dengan istilah-istilah tiada jati diri dan terogolnya maruah seperti "aku murtad dari Melayu", "ah, Melayu memang begitu", "oih, apa sibuk duk cakap pasal Melayu nih?" . Konon-kononnya, rasis pabila bercerita mengenai Melayu. Yang rasis itu satu hal. Yang ketuanan Melayu itu satu hal. Saya di sini bukan mahu membincangkan mengenai politik. Tetapi, jeleknya kita pabila mengutuk bangsa sendiri dan menyembah bangsa lain secara tak hengat. Mahu terjajah sekali lagikah? Konon-konon bangsa kita itu, ini, sana, sini. Yang itu buruk, yang ini dangkal. Tetapi, bagaimana pula dengan jati diri? Enggan dipersoal?

Wahai mereka yang lupa asal-usul dan daratan, sedarlah diri itu sikit. Kalau yang bercakap mengenai bangsa secara rasis, kita boikot. Kita tentang. Jangan terima. Mana boleh begitu. Tetapi, adakah kita tidak menerima perkara-perkara sedemikian sehingga taraf kita alergik pabila menyebut nama bangsa kita? Konon-kononnya, kita harus menjadi universal dan mengetepikan sempadan bangsa. Allah tidak mengira umat itu bangsa apa. Didalam skema kemuliaan seorang hamba di sisiNya tidak ada markah untuk bangsa, yang ada hanyalah taqwa semata-mata. Benar, adik, kakak.

Tetapi, bagaimana pula dengan ayat alQuran,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[Al-Hujurat:13]

Bercakap mengenai kaum dan bangsa tidak ada salahnya. Ianya hanyalah bercakap mengenai sesebuah lingkungan manusia. Sama seperti seseorang bapa bercakap dengan anak-anaknya mengenai keluarga mereka. Sama seperti pengetua sesebuah sekolah bercakap mengenai sekolah mereka. Sama seperti kamu bercerita mengenai taman perumahan kamu dengan jiran tetangga. Sama sahaja! Yang akan menjadi salahnya apabila kenyataan-kenyataan itu berbaur perkauman. Bezakan kenyataan perkauman dengan bercakap mengenai kaum! Kalau kamu sendiri yang alergik mendengar nama kaum dan bangsa kamu disebut, sesungguhnya, kamu telah memiliki sepasang telinga yang sangat rasis. Dan juga, tak sedar diri!

Telinga rosak. Kena cakap rapat-rapat.

Saya berasa loya anak mata melihat golongan yang konon-konon sedar akan kelemahan bangsa kita, tetapi hanya mengutuk sahaja. Nah golongan tidak produktif dan juga reproduktif, kamu semua hanya menambah kelemahan bangsa kita sahaja, iaitu, suka mengutuk bangsa sendiri tanpa membina ke arah positif. Ludahlah, ludahlah ke langit, air liur itu akan jatuh ke atas muka dan masuk balik ke dalam kerongkong kamu kalau kamu bernasib baik. Kalau kurang bernasib baik, akan masuk melalui hidung, mata, kena rambut dan telinga. Oh, maafkan saya, bukan bangsa kita, tetapi golongan kamu semua.

Adalah sangat bagus menegur dan menampung kelemahan yang terdedah, tetapi bukanlah dengan cara mendedahkan lagi kelemahan dan menambahkan kebencian terhadap asal-usul sendiri sambil menutup mata menyembah bangsa dan kaum lain. Atas dasar perkara inilah wujudnya istilah,

"Jauh perjalanan, luas pandangan."


Pandangan, bukannya pemandangan. Pandangan maksudnya lebih luas, melingkupi pandangan mata ke arah pemandangan, dan juga pandangan minda dan akal akan sesuatu perkara.


Kamu mahu sama bukan? Nah ambil kamu. Mereka ini bukannya meminta untuk menjadi Syndrome Down, tetapi kamu adalah bodoh kerana mahu menjadi pesakit Syndrome Down. [bukan menyerang pesakit syndrome down yang sebenar]

Sesungguhnya, perbezaan itu bukanlah sesuatu yang buruk. Ianya menambah warna-warni di dalam kehidupan kita selaku umat manusia. Alangkah cantiknya pelangi kerana warna-warninya. Adakah kita akan kagum apabila warna-warni itu garisan putih dan hitam sahaja? Saya rasa anak-anak kecil tidak akan terlompat keterujaan melihat garisan di langit yang hambar warnanya. Dan, sesungguhnya, warna-warni itu tidak akan wujud dan tidak dapat dilihat jika kita menjadikannya "Gray Scale" menggunakan Adobe Photoshop. Ianya akan kelihatan sama sahaja. Hilanglah keindahan warna-warni itu jika kita semua mahu menjadi satu bangsa sahaja. Lagilah busuk baunya jika kemerdekaan fizikal tidak sekata dengan kemerdekaan mental. Orang-orang dahulu sibuk menghalau penjajah dari Tanah Air, orang sekarang sibuk memanggil penjajah ke dalam otak.



Namun, dalam meraikan warna-warni, tidak juga saya nafikan, kita seharusnya berlaku adil dan menitikberatkan nilai-nilai universal. Keadilan, kesaksamaan dan juga tiada rasa iri hati dan kebencian terhadap bangsa lain. Begitupun, apa yang selalunya berlaku di dalam masyarakat kita, yang kononnya menyayangi bangsa dan ada jati diri cenderung untuk mencemuh bangsa-bangsa lain dan mewujudkan jurang kaum dan bangsa sedalam Jurang Mariana atau sebutan tradisionalnya sikap perkauman. Mereka akan menjadi ego dan sibuk berperang kononnya mempertahankan jati diri sebagai ahli sesebuah kaum dan pembawa darah dan genetik bangsanya. Ini sebenarnya barah di dalam masyarakat yang berbilang bangsa, tetapi, saya tidak akan menghurai lanjut perkara ini kerana saya jamin anda semua sudah maklum dengan perkara ini.

Hargai bangsa kita. Hargai masyarakat universal. Barulah kita dapat melihat Bellaoum unik berjubah, Ah Lin cantik bercheongsam, Muthu segak berkurta, Hariz kacak berbaju melayu [ops!] dan semua sekali beramah mesra tanpa hasad dengki. Sesungguhnya, kehidupan berbilang kaum akan menjadi lebih indah sekiranya kita ada jati diri dan menghargai bangsa lain. Semua bangsa ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

"The worst sin towards our fellow creatures is not to hate them,
but to be indifferent to them that's the essence of inhumanity."
G.B. Shaw


Sesungguhnya, bersederhanalah ada perkara yang terbaik dalam setiap sesuatu.

Kita teguhkan persamaan, kita raikan perbezaan, kenali diri, hargai alami.